NIKMATI BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL pada 24 dan 25 December 2024 ini dengan lebih dari 400 jenis hidangan yang akan di sajikan. Dengan harga RM208/pax korang boleh nikmati bufet tanpa had dengan pelbagai hidangan mewah taraf 5 bintang dengan sepuasnya, pasti berbaloi-baloi!.
Di ketuai Chef Syafiffi, ianya menjanjikan kesemua hidangan yang di sajikan pasti akan menepati citarasa semua pengunjung dan Chef juga ingin pastikan, pengunjung yang menikmati bufet makan malam ini dapat kepuasan dalam setiap suapan.
Hanya RM208/pax, korang pasti akan berpuashati dengan hidangan yang di sediakan dan pasti korang juga rasa berbaloi-baloi datang makan di sini. Bagi mereka yang pernah makan bufet makan malam di Renaissance Johor Bahru ini, pasti mereka tau akan keenakkan dalam setiap hidangan.
Dan untuk bufet kali ini, bersempena dengan perayaan Krismas, hidangan yang di bawakan lebih bercitarasa ‘mewah dan special’ bakal di hidangkan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru.
Pelbagai station menu dari pelbagai jenis hidangan di sediakan. Dari dalam hingga ke luar penuh dengan hidangan yang lazat. Sis sendiri sampai tak tau nak makan apa, tapi mata lebih tertumpu kepada menu Carving Station mereka.
Antara yang menjadi pilihan Sis ; Classic Beef Wellington, Baked Whole Salmon with Herbs, Oven Roastes Herbs Lamb Leg, Rotisserie Whole Turkey, Station Middle Eastern Mix Grilled, Live Pasta Station, Christmas Mexican Nachos, Western Cuisine Station, Asian Cuisine dan banyak lagi!.
Bukan itu sahaja, ada juga station masakan Melayu lauk pauk, masakan Chinese dan juga masakan Indian. Pelbagai hidangan di hidangkan termasuk juga Satay dan aneka jenis Mee. Juga station makanan Jepun, aneka Salad dan juga Kerabu. Dan tak lupa Seafood On Ice mereka.
Tak lupa juga di station Dessert Tower mereka, korang yang pencinta makanan manis, haaa di sinilah syurga makanan korang. Pelbagai jenis pencuci mulut di hidangkan dengan pelbagai kreativiti dalam setiap sajian, Sis teruja menengoknya, belum makan pun dah tau sedap betul rasanya. Antaranya seperti ; Croqembouche Profiterol, Christmas Macaron Tower dan Eclair Tower. Juga pelbagai pilihan Desserts, Christmas Candies dan Freshly Christmas Bakery.
Bufet makan malam ini korang boleh nikmati hanya dua hari sahaja, pada hari Christmas Eve 24 Dec dan pada Christmas Day 25 Dec. Juga ada buffet makan tengahari pada hari yang sama. Yang Sis update ni bufet makan malam mereka.
LEBIH 70 GAMBAR menu : Facebook Pages akusislin
Video IG REEL : akusislin
Video TikTok : akusislin
Video Desserts : akusislin
Memang puashati laa bagi mereka yang makan malam di sini. dengan lebih dari 400 pilihan menu yang ada, korang pasti makan sampai lupa parking kereta di mana!. So apalagi, buat tempahan segera dan bawa keluarga, sahabat dan kekasih makan malam di sini sempena cuti perayaan nanti!.
REN Christmas Eve Dinner Buffet
24 Dec | 6.30pm | RM 208
REN Christmas Day Dinner Buffet
25 Dec | 6.30pm | RM 208
Selamat menjamu selera Ho Ho Ho ✌
P/S : Antara Hotel yang paling aku suka makan Seafood dia, segar dan sangat fresh...
aduh sedapnya lauk
ReplyDeletePuashati makan sini, semua menyelerakan dan sedap ..
DeleteBalik JB nak duk Renaissance Hotel pulak la...makan best..haha
ReplyDeleteYerr SA, cubalah stay sini dan nikmati buffet mereka.. puashati..
DeleteBest sangat menunya 👍👍👍. Harap2 tahun depan saya bisa ke Johor lah, nak juga stay di hotel ini
ReplyDeleteHotel 5 bintang gituu Fanny, melampau sedapnya ..
Delete