Sebelum ni Sis memang tak amik kisah tentang dua nama ni, tapi sejak di serang Gerd tu, dan di interview dengan Doktor Pakar Diet, semua makanan yang Sis makan sudah cukup ada Prebiotik dan Probiotik, sebab Sis suka makan taufu, tempe, soya, dan makanan lelain, cuma Doktor sarankan biar kerap amik jadikan rutin harian, bagus untuk penghadaman usus.
So dari situlah Sis terus amik supplemen Probiotik INFINITY ni dan makan setiap hari. Dan jenama yang Sis makan ni pun, antara jenama rekemen dari Doktor pakar. Untuk minuman bagus korang minum aja Yakult atau Befine tu.. So far okay, dah takde kembung, sebu dan pembuangan juga bagus, buang angin aja memanjang hahahaha ..
Dah botol ketiga Sis beli. Sehari sebiji |
Probiotik untuk apa?
Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang jika diambil dalam jumlah yang sesuai, ia boleh memberikan manfaat kesihatan kepada hosnya. Jenis bakteria yang paling biasa digunakan sebagai probiotik adalah daripada gen Lactobacillus dan Bifidobacterium.
Bakteria-bakteria ini dikenali dengan keupayaannya membantu dalam pelbagai cara. Probiotik merujuk kepada bakteria baik yang terdapat dalam makanan dan menjadi sebahagian dari dalam sistem pencernaan kita. Ia mewujudkan satu ekosistem dalam usus besar yang seimbang bagi mengawal populasi bakteria berbahaya supaya tidak menjadi terlalu banyak dan memberikan kemudaratan pada tubuh.
Apa pula khasiat prebiotik?
Prebiotik pula adalah serat atau makanan untuk bakteria baik (probiotik), yang berperanan untuk meningkatkan keseimbangan mikroorganisma ini. Sebenarnya, tubuh kita mempunyai banyak bakteria di dalamnya, yang penting untuk kesihatan usus dan sistem imun. Prebiotik adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan dalam usus dan menjadi makanan kepada kuman baik.
Prebiotik dapat membantu tubuh kita mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus di antara bakteria baik dengan bakteria jahat demi menjamin kesihatan penghadaman. Kesannya, kesihatan penghadaman yang bagus sudah pasti dapat membantu meningkatkan penghasilan antibodi utama di dalam tubuh badan, sekali gus menguatkan lagi sistem imun korang.
PREBIOTICS adalah makanan yang belum diproses. Pencernaan dalam sistem penghadaman yang menjadikan ia makanan kepada bakteria baik.
Contoh makanan Probiotik adalah produk susu kultur, produk susu difermentasi, yogurt, kimchi (makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa), Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kubis yang difermentasi) dan tapai pulut.
Sementara contoh prebiotik pula adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat, bawang putih, bawang besar, asparagus, pisang, kekacang dan bijirin. Jadi kita perlu mengambil PREBIOTICS dan PROBIOTICS yang secukupnya bagi memastikan jumlah bakteria baik cukup dalam usus kita dengan pemakanan diet yang baik.
Semoga bermanfaat.
www.drzubaidi.com
P/S : Nak sihat kena keluar modal, taknak takpe, amalkan pemakanan sihat. Supplemen tu sebagai tambahan.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.