PERGI KUANTAN BALIK HARI? JOHOR - GEBENG. Takat memandu balik hari dari Selatan ke Pantai Timur, tu dah biasa bagi kami berdua Suami Isteri. Tapi jarang-jarang laa sebab biasanya kami bermalam satu malam, esoknya baru balik Johor.
Tapi sebab Suami banyak kerja di Penggerang, so kami ke Gebeng,Kuantan balik hari aja dari Johor. Suami ada site visit di Gebeng, Sis menemaninya untuk bertukar drive. Kebetulan katanya pergi seorang.
Sedap betul Nasi Lemak Kampung ni! |
Seawal jam 5am kami dah gerak dari Pasir Gudang, singgah solat Subuh di Mersing. Mulanya Suami bawa sampailah di Rompin bersarapan, then barulah Sis pulak memandu hinggalah ke Permatang Badak.
Awal kami sampai, seawal jam 9am lebih dah sampai Kuantan. Pusing-pusing bandar kemudian terus ke Gebeng. Site visit jam 11am. Ngamlah sampai semua kawan-kawan Suami pun dah sampai.
Site visit di Gebeng Port Pelabuhan |
Macam biasalah kalau ikut Suami bekerja luar, jadi driver dia, upahnya adalah ‘makan’ hahahahaha.. Suami kata kat anak ‘Makan modal kalau Emak ko ikut’ hahahahahaa ada i kesah!. Janji dapat ikut.
Zaman sekarang ni jangan beri ruang, nanti ada jer yang berpaut, jenis perempuan muka tak malu kann tak sedar diri, haaa pantang ada ruang, jenis tu suka amik kesempatan, so kita kena berhati-hati. Bukan tak percaya Laki sendiri, tapi lebih kepada berwaspada.
Rambang mata nak pilih lauk! |
Settle semua site visit, terus kami gerak balik Johor. Singgah makan di Permatang Badak. Ada satu gerai tu memang menjual nasi lauk pauk yang hampir 50 jenis lauk. Semua lauk pauk kampung!. Suka makan situ.
Ulam dan sambal dia beraneka jenis. Harga pun tidak terlalu mahal. Suami suka makan sini. Tapi selalunya kami lalu sini dah malam so tak dapat singgah, dah tutup, ini kali lalu time lunch so dapatlah kami singgah makan.
Air secukupnya kalau aku memandu |
Lepas makan teruskan perjalanan, kali ni Sis pulak drive dari Kuantan sampailah Johor. Suami tidur sebelah tapi kejap-kejap terjaga. Mana taknya, telefon tak henti-henti berbunyi, sebab itulah Sis lebih suka memandu dari dia yang pandu, bahaya kann.
Cuma kalau Sis drive, Suami dah tau dah, mesti nak kena ada air mineral berbotol-botol dan juga air badak, memang kalau Sis drive, Sis kena banyak minum air. So Suami dah sesiap belikan.
Yang datang cuci semua kereta color putih ha³ |
Kami sampai Pasir Gudang jam 5pm lebih, ko ngase? Suami kata lajunya bawak kereta, bukan laju tapi tak banyak kereta dan lori, so pemanduan tu lancar, alhamdulilah..
Sebelum tu kami singgah solat di Kota Tingi dulu, beli pes Mee Bandung Mak Pon, kemudian kami pergi makan dan Suami hantar kereta cuci. Sepanjang jalan hujan kejap lebat kejap renyai, so kereta jadi berlapuk, sambil tunggu kereta siap kami makan.
Balik rumah, mandi solat terus Sis tidur, macam orang pengsan tidurnya kata Suami hahahaha.. syukurlah time memandu Sis tak mengantuk, dah sampai rumah baru rasa mengantuk giler! Hahahahaha..
P/S : Kadang fikir, aku macam nak buat Grab laa, sebab aku suka memandu hahahahaha
Memang makan modal ni, air mineral dia jer pun dah tahu modal besar. Tak apalah, En Sabar.. keselamatan dan kesetiaan tu lagi mahal tau, cakap ngan En Sabar, hehehe.
ReplyDeleteSA esok nak gerak JB, balik hari jugak sebab Khamis keja..suami pun ada interview Khamis..dah cakap x yah balik..eh sebuk dia nak balik..esok kul 5am gerak dari Seremban
ReplyDeleteNampak sedap makanan semua tu. Terus rasa lapar ni tengok.
ReplyDelete