SEKSANYA RASA BILA SUARA HILANG

Sis Lin
0
SEKSANYA RASA BILA SUARA HILANG. Balik dari Kembara Ilmu dan Al-Quran Sabtu lepas, suara Sis hilang, memang hilang terus. Hari Jumaat tu masih okay lagi, masuk pagi Sabtu, mashaallah terus hilang, bukan serak lagi tapi hilang terus hahahaha.. 

Mungkin kurang tidur, sebab Jumaat seawal jam 3am Sis dah gerak dari rumah Pasir Gudang ke Taman Bukit Indah, sebab bas kami gerak jam 4am ke Santika Hulu Langat. Anak bujang Sis tolong hantar ke sana, kebetulan dia pun nak pergi kerja di Batu Pahat. Salah satu sebab juga Sis kurang tidur, dari Subuh tu membawa ke malamnya Jumaat tu sibuk dengan aktiviti dan tidur pun lewat. 

Maklumlah bila dah jumpa kengkawan semua memang duduklah berbual kan, takkan nak ikut timing tidur kita pulak. Bila lagi nak duduk sembang kan. Bayangkan 40 orang semua, so memeriahlah satu bas dan berjumpa semeja makan dan sembang-sembang. 

Seksa Rasa Bila Hilang Suara
Cerita Kembara nanti Sis update kemudian

Itu yang pagi Sabtu tu bangun, ehhhh suara kuar angin-angin sampai semua kengkawan gelakkan Sis hahahah.. sabo je la haku kannn.. semua terkejut, kenapa boleh hilang suara macamtu sekali, entah laaaa.. 

Seksa rasa bila suara hilang time ada aktiviti beramai-ramai, kita cakap pun orang tak faham, lagi bukak suara, lagi orang gelak.. kena pulak Sis ni orangnya memang 'kecoh' so mereka semua kenakan Sis, 'Senyap sekejap dunia', hahahah sabo je laaa..

Tapi dah nama pun Sis Lin, takde suara pun tetap juga nak cakap kannn.. haa bertambah di gelakkan orang. Pedulikk haperr hahahaha.. tapi geram laaa.. tak dapat nak ikut sekali membaca surah-surah perbetulkan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai pagi Sabtu tu, sebab bukak jer suara, Ustazah tak dengar dan tak faham, ko faham tak perasaan tu?.

Time balik pulak, driver Amirul tu bukak pulak wi-fii Youtube dan acik-acik semua berkaraokelah dalam bas, tambah gerammm Sis sebab tak boleh pegang mic oiii hahahaha.. time takde suara laaa, mereka pelawa, 'Lin taknak nyanyi ke?' arghhhh stress aku geram hahahahaha..

Seksa Rasa Bila Hilang Suara
Masa ni Jumaat, suara masih ada lagi 

Balik rumah tambah seksa, nak cakap dengan Suami, nak bercerita pasal Kembara ni pun tak boleh. Anak bujang tukang gelakkk Mak dia, eeee sabo je laa.. nasib baik takde jumpa Cucu, kalau tak Cucu pun berkerut dahi dengar siara Nenek kann hahahaha.. 

Now harini dah Rabu, suara semakin okay, dah boleh faham kalau bercakap dengan anak dan Suami. Semalam pun Cucu ada semalam pun suara dah okayy sikit, so Cucu taklah pelik dengar. Sis makan juga ubat sakit tekak walau tekak tak sakit, dan juga hisap gula-gula difflam. 

Tekak semua tak sakit, batuk pun takde, selsema demam semua takde, tapi suara yang hilang. Alhamdulilah laaa, balik Kembara tu takde la demam dan sakit badan, cuma suara jerr hilang. Cuma mood nak duduk depan laptop ni belum ada rajn lagi, cerita banyak, tapi mood belum resap hehehehe.. 

Posting pun ada satu dua lagi belum settle. Inshaallah jangan risau, macam mana pun akan ku siapkan juga update dalam blog. Itu amanah kerja, lagi-lagi bab makan, dah makan kenalah update yerr, kang buatnya tuan tak ikhlas, nayaaa kita nak menjawab di Sana huhuhu.. 

So harini baru settlekan video dan edit gambar sikit, nanti ada laa update posting seterusnya.. thanks buat mereka yang selalu hadir di sini.. 


P/S : Terharu tengok Khairul Aming hantar bantuan banjir di Kelantan. Alhamdulilah.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!