SEMINGGU TAK UPDATE BLOG!

Sis Lin
8
SEMINGGU TAK UPDATE BLOG!. Seminggu rasa macam sebulan tak masuk blog. Tuan rumah sibuk bercuti dan settlekan urusan-urusan yang penting. Penghujung Disember 2024 hingga Februari 2025 ni Sis banyak benda nak buat, so blog sedikit terabai. 

Kadang ada masa juga, tapi Sis isi dulu masa tu dengan hal diri sendiri dulu. Untuk duduk depan laptop menulis ni, kena betul lapang masanya, baru boleh nak menaip. Macam sekarang ni, tengah tunggu ‘roro bin’ sampai, Sis update kejap blog. 

Sewa roro bin sebab Sis banyak barang nak buang. Malas nak simpan-simpan dan bagi orang, buang terus ajalah. Nak bagi orang, nak menunggu orang amik barangnya, semak mata Sis tengok berlonggok. So buang terus aja laa. 

Seminggu Tak Update Blog!
Aamiinn Ya Allah ..

Kain baju, cadar lama, gebor lama, langsir lama, lemari laci lama, meja solek lama, penyidai-penyidai baju lama, hanger lama, sarung bantal lama, mangkuk-mangkuk lama, periuk lama, kuali lama, ishhh banyak laaa.. 

Cuma tudung-tudung aja Sis suruh adik-adik datang harini ke rumah, dan pilih mana nak, kalau tak memang Sis buang aja. Bag-bag semua pun sama, mana nak sila amik, taknak nak buang terus. Haritu dh suku gak baju, tudung, bag, gebor semua Sis hantar ke pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi ni, cuma dah lusuh, so buang ajalah, nak bagi orang tak elok pulak. 

Dah tua-tua ni malas nak menyimpan banyak barang. Simpan mana nak guna aja laa. Dulu suka beli bag-bag dan kasut, sekarang beli mana yang nak pakai, then pakailah selalu selagi okayy. Malas nak fikir. 

Seminggu Tak Update Blog!
Cantik!! I love! ❤️ 

Suami siap cakap, ‘tak sayang ke?’, tak apa laa, sayang tu memang sayang, tapi kalau di simpan tak pakai, tak elok juga kan, sapa nak menjawab nanti kalau dah mati. 

Baju-baju lama Suami pun banyak, dah minta izin dia nak buang mana yang dah tak muat nak pakai. Baju melayu lagi banyak, nak bagi anak sedara aja. Sayang sebab kainnya beli jenis mahal. Pakainya sekali dua aja. 

Sewa roro bin pun dah naik harga, dulu size kecik 2ft RM200, now RM250, guna seminggu atau penuh call terus angkat buang. Tapi okayylah, dari kita buang ke tempat yang tak sepatutnya, baik sewa roro bin. 

Bercinta nak mengemas oii. Nasiblah Sis ni takde resdung, so tak alah dengan habuk. Bilik anak bujang pun nak kemas ni, dah kena pakai katil Queen, nak kawin kan, takkan katil single pulak hahahaha. Ayahnya dah beli set katil, so harini kena kemas kosongkan bilik, tak esok atau lusa set perabotnya sampai. 

Pelik ekk, banyak dah buang, tapi ehhhh laaaa, pun banyak lagi barang, pening Mak oiii hahahaahah.. 


P/S : Tak sabar tunggu tahun 2025!!! 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah, aku pun baru update blog tadi sejak hampir sebulan hahahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo ada update ekk.. nanti ku datang baca hahahaha

      حذف
  2. saya update blog dekat nak setahun sis. Kita buat sorting setiap hari Jumaat. Baju-baju elok tapi taknak pakai, kita basuh, label, letak ada satu tempat dekat dengan sekolah. Jumaat nanti nak recycle buku2 sekolah pula.

    ردحذف
    الردود
    1. Perghh lama bersawang ekkk.. hehehehe tapi takpe janji still ada blognya.. time free up aja kannn...

      حذف
  3. Selalu macma tu kan sis..kita dah buang tapi masih ada lagi barang kan...kadang pening...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn SA, pening nak sorting, lagi sorting lagi sayang, senang buang aja semua ...

      حذف
  4. Kita samaaa kak. Saya lebih memilih utk buang drpd jual preloved . Banyak teman2 sarankan jual preloved. Tp tak larat lah. Belum lagi foto, trus upload di market place atau medsos. Tunggu ada yg beli. Better buang 🤣🤣

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa, pernah dah kena, orang nak datang amik tapi tak amik-amik, mata dah rimas tengok ber,longgok, so kali ni buang aja laaa..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!