9 JANUARI - HAPPY BIRTHDAY CUCU NENEK!. Semalam 8 Januari adalah birthday sahabat baik Sis aka blogger blog Dapur Tanpa Sempadan iaitu Mat Gebu atau nama FB dia Adnan Ibrahim. Umur kami sama cuma Mat Gebu awal tahun masuk umurnya so dia pangkat abang laa kepada Sis, he³.
Lama tak ke Sedenak berjumpa dan bersembang dengannya. Persahabatan lebih dari 15tahun kami, walau jarang bertemu, kami tetap ada sentiasa berkongsi suka duka bersama. Thanks Mat sentiasa ada bersamaku.
Apa-apa pun happy birthday Mat. Aku sentiasa doakan engko selalu sihat, di murahkan rezeki, di panjangkan umuat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak. Moga kita bersahabat hingga ke Syurga, aamiinn..
Dan harini 9 Januari adalah hari lahir Cucu kesayangan kami, Muhammad Khalish Zayyan yang ke ke-2 tahun. Cepatnya masa berlalu, sedih pulak tengok dia terlalu membesar dengan cepat! Tak puasa rasa nak dukung-dukung dan bermain dengannya.
Sekarang dah tak berapa nak dukung, nak berjalan sendiri dan buat hal sendiri. Ikut mood dia kalau nak main dengan kita atau nak berborak. Faham tak faham kita layankan aja.
Dari kecik sampai dah 2 tahun ni memang Cucu Sis tak banyak karenah. Bawa berjalan ke bercuti ke elok baik aja dia. Lapar bagi makan atau susu. Ngantuk tidur sendiri. Merengek kita pujuk, bad mood Datuk dia belikan mainan, memang senang bawa dia ke mana.
Tahun lepas umur setahun tak dapat nak buatkan birthday party buatnya, so tahun ni Datuknya beriyer nak sambut birthday Cucunya. Alhamdulilah dialah satunya penghibur keluarga kami, kesayangan kami.
Nenek dan Datuk doakan moga Khalish sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang baik, soleh dan hormat orang tua. Nenek sayang kamu ketat-ketat!!.
P/S : Nenek tengah fikir nak belikan awak hadiah apa.. hahahahaha
Happy birthday moga menjadi anak/cucu yang soleh menenangkan hati keluarga.
ReplyDeletePi besdayyyy, Khalishhh!
ReplyDeleteOh, beza sehari dengan besday Tok Mat dia.
Selamat lahir untuk keduanya. Semoga yang baik2 untuk keduanya.
ReplyDelete