ANAK BELANJA MAKAN TENGAHARI DI THE JIRAN CAFE. Tiap kali kalau nak ke Holiday Plaza mesti terpandang The Jiran Cafe ni. Tapi belum lagi rasa nak singgah. Baca review kata harga makanannya agak mahal tapi portion besar puashati.
Pernah juga cakap dengan Suami tapi Suami pun takde pulak kata nak mencubanya. Dah namanya rezeki, baru ni Yana ajak teman dia ke Holiday Plaza nak cari casing phone dan screen protectornya.
Tiba-tiba katanya ‘Pergi makan di Jiran Cafe dulu nak?’. Waaa rezeki betul. Nak tolak tapi dah orang nak belanja kan, kita ikut aja laa. Katanya belum makan dari pagi. Sis pula pagi tu dah makan telur 2 biji, nasib tak minum kopi lagi.
Yana amik Sis di rumah terus ke Jiran Cafe. Seawal jam 11.00am lebih kami sampai. Ada beberapa pelanggan dah ada duduk makan. Bukak buku menunya, oo semua makanan western tapi ada satu menu Nasi Lemak. Nampak menarik tapi tekak nak makan Spageti Carbonara la.
Sis order Spageti Carbonara, Yana order set Big Breakfast sebab nak bagi anaknya makan sekali. Minuman kami order Caffe Latte dan Americano juga Jus Tembikai untuk Cucu.
Tunggu tak lama, sekejap tu menu sampai. Betullah memang besar portion sepinggan dia uiii.. terkejut juga tengok, melimpah sos carbonara dan juga pelbagai makanan dalam pinggan breakfast Yana tu.
Rasa pun sedap! Puashati makan Spageti Carbonara tu, sedap betul! Creamy sos dia tu buatkan Sis makan licin sepinggan oii.. hahahahaha .. Yana gelakkan pinggan Sis, betul sedap!
Total makan RM104.90 untuk 2 orang makan. Alhamdulilah terima kasih Yana belanja Mak makan. Moga dimurahkan rezekinya selalu, aamiinn.
the Jiran Cafe
11 Jalan Beringin, Taman Melodies
80250 Johor Bahru
Jumaat Sabtu Ahad - 9am to 9.30pm
Isnin Selasa Rabu Khamis - 9am to 6pm
P/S : Antara Bolognese dan Cabonara, Sis pilih Cabonara. Korang?.
ooo betullah mmg pricey kalau makan berdua sampai ratus2. kalau ammi pun prefer carbonara
ReplyDeleteTaman Melodies skrg byk cafe baru. The Jiran Cafe ni antara yg menarik. Kita pun kalau yg creamy² ni suka betul.
ReplyDeleteNampak sedap sungguh, apatah lagi sdg berpuasa begini, sabar syasya sabar!
ReplyDeleteKu pilih bolognise sisLin.
Sedapnya sis. Terus terliur tengok. Harganya mak aih terkezut kita.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletePenuh sepinggan Speghetinya kalau ibu tak habis tu sis bnyak. ;)
ReplyDelete