AUDIOLAB HEARING PAKAR DALAM PENJAGAAN PENDENGARAN YANG PROFESIONAL

Sis Lin
0
AUDIOLAB HEARING PAKAR DALAM PENJAGAAN PENDENGARAN YANG PROFESIONAL. Audiolab Hearing Johor Bahru menawarkan perkhidmatan penjagaan pendengaran yang profesional dan menyeluruh. Dengan kepakaran dalam ujian pendengaran, penyesuaian alat bantu pendengaran, serta khidmat nasihat oleh pakar audiologi bertauliah, Audiolab Hearing memastikan setiap pelanggan mendapat penyelesaian yang sesuai dengan keperluan mereka. 

Jujurnya Sis baru tau akan kewujudan Audiolab Hearing ni. Tak tau pulak ada klinik yang boleh kita test tahap pendengaran kita. Terdapat 22 cawangan Audiolab Hearing di seluruh Malaysia. Dan lokasi di Johor Bahru terletak di Taman Sentosa. Lokasi di tengah bandaraya yang strategik di Johor Bahru ini memudahkan korang mendapatkan rawatan pendengaran berkualiti dalam suasana yang mesra dan selesa. 

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Kalau dari Pasir Gudang, dalam setengah jam boleh sampai jika tidak jem, cuma yang jadi satu masaalahnya, nak mencari parking, agak susah yaa nak cari parking kalau di Taman Sentosa ni. Korang boleh datang secara walk-in atau buat temujanji dahulu. 

 Audiolab Hearing Johor Bahru menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan penjagaan pendengaran, termasuk:

1. Ujian Pendengaran Komprehensif
  • Ujian pendengaran dilakukan menggunakan teknologi terkini untuk mengenal pasti tahap dan jenis masalah pendengaran. Rata-rata yang datang memang ada masaalah pendengaran, atau kalau nak datang untuk menguji pendengaran semasa korang, pun boleh. Ujian saringan ini di beri PERCUMA. 

2. Penyesuaian Alat Bantu Pendengaran
  • Membantu pelanggan memilih dan menyesuaikan alat bantu pendengaran yang sesuai untuk gaya hidup dan keperluan mereka. Jika keputusan level pendengaran korang bermasaalah, Pakar mereka akan mengsyorkan alat-alat kegunaan bantuan pendengaran. Ada bermacam jenis. 

3. Perkhidmatan Penyenggaraan & Baik Pulih
  • Menyediakan servis, penyelenggaraan, dan pembaikan alat bantu pendengaran bagi memastikan alat sentiasa berfungsi dengan baik.Di sini korang jangan risau, semua servis alat bantuan pendengaran, ada di sediakan. 

4. Khidmat Nasihat oleh Pakar Audiologi
  • Sesi konsultasi untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang penjagaan pendengaran dan pilihan rawatan. Korang juga akan mendapat khidmat nasihat dari pakar mengenai penjagaan pendengaran dan tips yang perlu korang buat. 

5. Terapi Pendengaran
  • Program rehabilitasi pendengaran untuk membantu pengguna alat bantu pendengaran menyesuaikan diri dan meningkatkan kualiti hidup. 

6. Jualan Alat Pendengaran dan Aksesori
  • Korang juga boleh membeli alat bantuan pendengaran di sini. Mereka menawarkan pelbagai jenama alat bantu pendengaran terkini serta aksesori sokongan seperti bateri, pembersih, dan alat pelindung telinga. 

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Dengan pendekatan yang mesra pelanggan dan profesional, Audiolab Hearing Johor Bahru komited untuk memberikan pengalaman penjagaan pendengaran terbaik kepada korang. Memang sangat selesa ketika Sis mendapatkan rawatan di sini. Pakar mereka sangat profesional membuat kerja. 

Audiolab Hearing Johor Bahru menawarkan perkhidmatan penjagaan pendengaran yang berkualiti pada harga yang kompetitif dan berpatutan. Harga perkhidmatan dan produk ditentukan berdasarkan jenis rawatan atau alat bantu pendengaran yang diperlukan.

Ujian Pendengaran: Ujian Saringan ini adalah PERCUMA
  • Harga untuk ujian pendengaran asas adalah PERCUMA dan harga seterusnya bergantung kepada tahap rawatan, ianya bermula dari kadar yang sangat berpatutan, bergantung kepada keperluan individu.

Promosi dan Pakej Penjagaan Pendengaran:
  • Audiolab Hearing kerap menawarkan promosi istimewa, termasuk diskaun dan pakej penjagaan pendengaran, untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan.

Peringkat Umur:
  • Semua peringkat umur tidak terkecuali punyai masaalah pendengaran. Untuk ujian ini, semua peringkat umur, Kanak-Kanak, Dewasa, Remaja juga warga Emas boleh mendapatkan rawatan dan ujian pendengaran ini. 

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Audiolab Hearing Pakar Dalam Penjagaan Pendengaran Yang Profesional

Ujian saringannya tidaklah makan masa lama, dan yang penting tidak menyakitkan telinga. Hanya ujian level pendengaran menggunakan alat-alat mein yang canggih dan moden. Dari ujian tu nanti pakar akan tunjukkan keputusan tahap level pendenagaran korang serta merta. 

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pakej yang tersedia, pelanggan digalakkan untuk mengunjungi cawangan Audiolab Hearing Johor Bahru atau menghubungi  07-333 3880 untuk temujanji. 

IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin 

Audiolab Hearing [Johor Bahru]
55, Jalan Sulam, Taman Sentosa, 
80150 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim

Di buka dari jam 8.45am hingga 5.30pm
SABTU TUTUP

Audiolab Hearing komited untuk memastikan penjagaan pendengaran berkualiti mampu dinikmati oleh semua golongan. Pilih Audiolab Hearing untuk pengalaman penjagaan pendengaran terbaik!


P/S : Lepas ni nak check mata pulak.. dah berusia ni kan, macam-macam ..

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!