BAWA ANAK-ANAK MAKAN MALAM DI KAMPUNG CARABAO THAI RESTAURANT. Sehari selepas majlis persandingan anak bujang Sis, hujung minggu Ahad tu Suami bawa anak-anak beserta menantu semua makan malam di Kampung Carabao. Rasanya dah tiga kali kami sekeluarga makan di Kampung Carabao Jalan Abdullah Tahir ni dan sekali di Kampung Carabao Puteri Harbour.
Ikutkan anak-anak lebih suka Kampung Carabao di Puteri Harbour tu sebab waktu malamnya meriah, tapi sebab selepas makan anak Sis yang sulung nak balik ke KL dan anak bujang yang baru kahwin tu nak singgah ke rumah, so kami pakat makan aja laa di Kampung Carabao Thai RestaurantJalan Abdullah Tahir ni.
Macam biasa, parking memang agak susah, kena sabar dan tunggu, ada rezeki dapatlah park dalam tu, kalau tak, kenalah cari parking di luar aja. Keadaan di Jalan Abdullah Tahir memang agak sesak, sebab banyak Cafe dan kedai-kedai makan di sana. Rezeki kami malam tu, semua dapat park bahagian dalam.
Malam tu agak ramai orang, hampir full semua meja, nasib juga masa sampai, ada tempat kosong untuk kami, so dapatlah duduk meja di pondok. Kali ni seramai 8 orang + Cucu sorang. Memang penuh meja. Menu untuk makan malam tu macam biasalah, anak-anak aja yang pilih. Ayahnya kasi 'can', orderlah apa nak makan, Ayahnya makan aja semua.
Servis malam tu agak slow, maybe sebab ramai orang tapi sekali sampai, satu-persatu non-stop. Masakan mereka sama seperti biasa, kesedapan Tom Yum dia memang tak boleh 'bawa bincang', anak-anak suka betul Tom Yum Clear Seafood mereka. Majoriti semua Tom Yum mereka ada letak isi ikan dalam soupnya, tu yang jadi menarik.
Meh tengok apa menu yang kami makan pada malam tu, walau nama masakan dah lupa dah hahaha, korang tengok je laa gambar yaa ..
Tom Yum Clear Seafood |
Butter Prawn |
Steamed Fish Lime Thai Style (Siakap) |
Tom Yum Seafood |
Thai Style Lime Steam Squid |
Sizzling Sweet & Sour Beef |
Fried Sotong |
Special Carabao Fried Chicken |
Curry Leaf Prawn |
Fied Omellete Thai Style |
Menu-menu yang kami order dan makan ni adlaah menu dari list Chef Recommended, so memang betullah, semuanya sedap. Puashati makan, nampak banyak, tapi semuanya licin dan habis di makan. Memasing menambah nasi makan, alhamdulilah.
Korang yang nak try bolehlah pergi yaa. So far buat masa ni ada 3 cawangan Kampung Carabao, dan terbaru di buka di Forest City. Korang boleh cuba di sana.
The Best 100% Authentic Thai Restaurant In Johor..
Kampung Carabao Thai Restaurant
16, Jalan Dato Abdullah Tahir,
Taman Abad, 80250 Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim
Di buka SETIAP HARI pada :
Jam 12pm - 3pm
REST
Jam 5.30pm - 12am
Contact : 012-305 6933
Beuuugh terliur langsung kaak lin 😍😍😍😍👍. Memang mantaap nampaknya. Harus saya coba kalo kesana. Tak ada cabang di KL ya setelah saya cek. Mau tak mau memang hrs ke Johor 😄
ردحذفYaa Fanny, next time ke Johor boleh singgah sini yaa.. the best..
حذفPernah 2 kali nak cubamakan kat sini tapi penuh aje..next time la nak cuba pi lagi...tengok tomyam clear soup tu nampak sedap
ردحذفBetul SA, sentiasa fullhouse, kena sabar tunggu kalau nak makan sini..
حذف