BAWA ANAK-ANAK MAKAN MALAM DI KAMPUNG CARABAO THAI RESTAURANT

BAWA ANAK-ANAK MAKAN MALAM DI KAMPUNG CARABAO THAI RESTAURANT

Sis Lin
By -
4
BAWA ANAK-ANAK MAKAN MALAM DI KAMPUNG CARABAO THAI RESTAURANT. Sehari selepas majlis persandingan anak bujang Sis, hujung minggu Ahad tu Suami bawa anak-anak beserta menantu semua makan malam di Kampung Carabao. Rasanya dah tiga kali kami sekeluarga makan di Kampung Carabao Jalan Abdullah Tahir ni dan sekali di Kampung Carabao Puteri Harbour. 

Ikutkan anak-anak lebih suka Kampung Carabao di Puteri Harbour tu sebab waktu malamnya meriah, tapi sebab selepas makan anak Sis yang sulung nak balik ke KL dan anak bujang yang baru kahwin tu nak singgah ke rumah, so kami pakat makan aja laa di Kampung Carabao Thai RestaurantJalan Abdullah Tahir ni. 

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant

Macam biasa, parking memang agak susah, kena sabar dan tunggu, ada rezeki dapatlah park dalam tu, kalau tak, kenalah cari parking di luar aja. Keadaan di Jalan Abdullah Tahir memang agak sesak, sebab banyak Cafe dan kedai-kedai makan di sana. Rezeki kami malam tu, semua dapat park bahagian dalam. 

Malam tu agak ramai orang, hampir full semua meja, nasib juga masa sampai, ada tempat kosong untuk kami, so dapatlah duduk meja di pondok. Kali ni seramai 8 orang + Cucu sorang. Memang penuh meja. Menu untuk makan malam tu macam biasalah, anak-anak aja yang pilih. Ayahnya kasi 'can', orderlah apa nak makan, Ayahnya makan aja semua. 

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant

Servis malam tu agak slow, maybe sebab ramai orang tapi sekali sampai, satu-persatu non-stop. Masakan mereka sama seperti biasa, kesedapan Tom Yum dia memang tak boleh 'bawa bincang', anak-anak suka betul Tom Yum Clear Seafood mereka. Majoriti semua Tom Yum mereka ada letak isi ikan dalam soupnya, tu yang jadi menarik. 

Meh tengok apa menu yang kami makan pada malam tu, walau nama masakan dah lupa dah hahaha, korang tengok je laa gambar yaa ..

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Tom Yum Clear Seafood

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Butter Prawn 

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Steamed Fish Lime Thai Style (Siakap)

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Tom Yum Seafood

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Thai Style Lime Steam Squid

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Sizzling Sweet & Sour Beef

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Fried Sotong

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Special Carabao Fried Chicken

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Curry Leaf Prawn

Bawa Anak-Anak Makan Malam Di Kampung Carabao Thai Restaurant
Fied Omellete Thai Style

Menu-menu yang kami order dan makan ni adlaah menu dari list Chef Recommended, so memang betullah, semuanya sedap. Puashati makan, nampak banyak, tapi semuanya licin dan habis di makan. Memasing menambah nasi makan, alhamdulilah. 

Korang yang nak try bolehlah pergi yaa. So far buat masa ni ada 3 cawangan Kampung Carabao, dan terbaru di buka di Forest City. Korang boleh cuba di sana. 

The Best 100% Authentic Thai Restaurant In Johor..

Kampung Carabao Thai Restaurant
16, Jalan Dato Abdullah Tahir, 
Taman Abad, 80250 Johor Bahru, 
Johor Darul Ta'zim

Di buka SETIAP HARI pada : 
Jam 12pm - 3pm
REST
Jam 5.30pm - 12am

Contact :  012-305 6933 


P/S : Harini bermulalah pra-review buffet ramadan Sis sana sini, fuhhhhhh ...

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Beuuugh terliur langsung kaak lin 😍😍😍😍👍. Memang mantaap nampaknya. Harus saya coba kalo kesana. Tak ada cabang di KL ya setelah saya cek. Mau tak mau memang hrs ke Johor 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Fanny, next time ke Johor boleh singgah sini yaa.. the best..

      Delete
  2. Pernah 2 kali nak cubamakan kat sini tapi penuh aje..next time la nak cuba pi lagi...tengok tomyam clear soup tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA, sentiasa fullhouse, kena sabar tunggu kalau nak makan sini..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!