BILA KAU BERKAWAN DENGAN PEMPENGARUH, KAU PUN TERPENGARUH!. Biasanya Sis ni kalau dapat jemputan media review, kalau tak makan siang, jemputan makan malam, tapi jarang-jarang Sis amik job sekali 2 dalam satu hari. Kalau ada tu kebetulan.
Tapi, bila kau berkawan dengan pempengaruh, kau pun terpengaruh dengan ajakan kawan kau tu kan!. Padahal masa tu baru aja makan siang di HolidayInn JBCC sempena promosi Tahun Baru Cina.
Sehari sebelum tu Yayayiyo ada bertanya Sis, samaada Sis free atau tidak esoknya lepas balik review di HolidayInn JBCC tu. Bila Sis tanya kenapa, dia kata nak ajak teman pergi review di Miafin Cafe Kota Masai. Sis pun dengar okayylah follow aja sebab dekat dah dengan rumah.
Maka kami pergi bertiga, Sis, Suraya dan Yayayiyo. Yang kena buat kerjanya Yaya, dia yang dapat job berbayar ni, tapi sebab nanti katanya takde sapa tolong amikkan video dan takde sapa nak tolong makan, dia hangkutnya Sis dan Suraya hahahaha.
Bila dah sampai di Miafin Cafe tu, staff dia mula hidang satu-satu menu, terbeliak Sis dan Suraya melihatnya sambil gelak-gelak. Oii tak kenyang-kenyang lagi ke oii!. Nasib baik sebelumnya tu kami makan set hidangan meja bukan makan buffet, kalau tak, memang maaflah tak boleh nak ‘jamah’ dah.
Datang bertiga, di hidangnya 5 jenis menu dan 4jenis minuman, kau ngase? Hahahahaha ngase nak putus butang seluar. Serius Sis memang tak boleh masuk lagi makan, hanya sedut-sedut air jer dan meratah jamah sikit lauk pauknya aja, nasi memang tak boleh makan.
Tiba-tiba staffmya hantar Mee Bandung, kuss semangattt tapi nampak menyelerakan! Hampir separuh juga habis Sis dan Suraya kongsi makan Mee Bandungnya, sedap! Yang lain-lain Yaya bungkus bawa balik.
P/S : Syukurlah dengan rezeki dariNya, kita raikan jangan merungut.
Alhamdulillah rejeki terpengaruh
ReplyDeleteGelak tau kita, hahahaa rezeki alhamdulillah. Boleh jadi pembaca pun ikut terpengaruh, pergi kedai makan tu nanti.
ReplyDeleteHabislahhhh.. tak lama kena cari seluar baru tu.
ReplyDeleteTercabut tak butang seluar sis? abis laa kena beli baru seluar lepas ni
ReplyDeleterezeki jangan ditolak...tapi kalau waktu perut lapar lagi ngam kan kak
ReplyDelete