HUJAN BERTERUSAN DI PASIR GUDANG JOHOR

Sis Lin
2
HUJAN BERTERUSAN DI PASIR GUDANG JOHOR. Di Pasir Gudang ni bermula 10 Januari lepas hujan turun berterusan tanpa henti dari pagi membawa ke esok pagi dan seterusnya berterusan hingga ke harini. Kalau stop pun, sekejap aja, kemudian nanti hujan lagi. 

Cuaca sejuk hingga tidur malam pun dah berapa malam Sis tak bukak aircond sampai Suami kata ‘amazing!’ Hahahaha LOL!!. Kalau tak, kipas bukak, aircond bukak semua. Now tidur pun pakai stokin, sejuk sampai ke tulang!. 

Hujan Berterusan Di Pasir Gudang Johor

Hari malam ketiga hujan, Sis di serang simpul biawak, aduii memang tak menahan kalau kena, jadi mangsa Suami laa sebelah. Memang kalau dapat tangan dia, genggam habis-habisan menahan sakit. Kadang kesian tengok dia tidur, Sis tahan jerr sakit tu sambil gigit bantal, sakittt oiiii!!. 

Dah macam cara dan ubat Sis try termasuk beli stokin viral tu semua, pun sama jerr. Bila sejuk aja mulalah dia menyerang. Memang stanby aja laa, sebelum tidur sapu-sapu minyak panas, gosok semua kat betis dan tumit kaki, then pakai stokin. 

Hujan Berterusan Di Pasir Gudang Johor

Kalau nak kena, yerr kena juga! .. minggu sebelum hujan ni, cuaca kemain panas lagi, sampai sakit kepala di buatnya, start Jumaat lepas laa hujan turun terus menerus. Masa birthday party Cucu pun cuaca hujan tapi tu laa kejap lebat kejap okayy. Alhamdulilah tetamu ramai juga hadir. 

Cuma bila hujan ni perut manjang lapar. Dua hari ni Sis berpuasa takde rasa lapar, syukurlah kan. Hujan tu rahmat, time hujanlah kita kena berdoa banyak-banyak, salah satu doa yang Allah makbulkan adalah ketika hari hujan. Inshaallah.. 


P/S : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke rumah sendiri juga!! #ytjt 
Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Take care sisLin, semoga semuanya baik-baik sahaja.
    Kita hari-hari pakai stokin, memang jenis kaki sejuk. Siang-siang pun pakai stokin, lantai sejuks.

    ReplyDelete
  2. kat Lipis pun hari tu 3 hari hujan dan mendung je kemain sejuk. sekarang pun kurang dah panas terik macam dulu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!