JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU CARI BAJU KAHWIN. Tinggal beberapa hari lagi sahaja anak bujang Sis akan menikah. Jumaat pagi ini adalah hari pernikahannya, moga semuanya berjalan baik dengan izinNya. Debor hati Maknya.
Ahad hujung minggu baru ni, pagi-pagi Ayahnya dah mengajak keluar bersarapan. Kakak dan anak bujang Sis pun Ayahnya suruh ikut sekali. Katanya nak cari baju untuk majlis kahwin sekali.
Selepas sarapan ‘makan lauk raya’ tu, Suami terus drive ke Kota Tinggi. Memang port paling Sis suka mencari baju jubah atau kurung moden di sana. Kalau Suami tak berapa berkenan sebab katanya fesyen sama jerr tiap tahun, sulam-sulam dan lace tu.
Tapi Sis nak ke Mewah Exclusive, dah tengok dalam TikTok mereka ada baju jubah yang Sis berkenan. Sampai sana, bila staff dia tunjuk jubahnya, terus Suami dan anak-anak kata okkayy ‘cantik’ he³ .. takyah fikir panjang, terus beli. Settle baju majlis nikah.
Then kami jalan di kedai-kedai Kemboja tu. Di situ Sis dah nampak dah baju-baju jubah yang Sis rasa sesuai. Anak suruh pakai kurung atau kebaya moden, tapi Ayahnya kata ‘tak sesuai, pakai je jubah labuh-labuh’. Alhamdulilah Suami tau gaya pemakaian Sis sekarang.
Pilih punya pilih akhirnya Sis ikut apa yang Suami berkenan dan dia rasa sesuai, cantik di matanya dan katanya ‘tidak ketat’. Sis try pakai semua, anak-anak pun kata cantik dan sesuai, so settlelah baju untuk majlis bersanding sebelah perempuan dan majlis sanding di pihak Sis.
Warna? Tunggu nanti yaa. Kang tak surprise pulak hahahaha.. betapa excitednya kann Sis tapi dalam masa yang sama, Allah jer yang tau, nak melepaskan anak lelaki ni lain perasaannya dengan kahwinkan anak perempuan. Ada masanya menangis Sis.
Suami kata, ‘dah sampai jodoh mereka, kita doakan dan redha atas segala apa yang akan berlaku kemudian’. Sebagai ibu bapa Sis dan Suami tak mengharapkan apa-apa harapan pada anak-anak, cukup mereka bahagia dan nikmati kehidupan masing-masing dengan penuh selesa. Tu dah cukup bagi kami.
P/S : Now misi mencari tudungnya pulak, mana lagi kalau bukan Jimmy Scarves ❤️ ..
Alaaa...SA x cari baju lagi ni...x sabar nak pergi sana hujung bulan..
ReplyDeleteAaa.. mesti cantik mak pengantin nanti. Jangan salah pengantin sudahlah, haha.
ReplyDeletetak lama dah nie...
ReplyDelete