MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA DI HOLIDAY INN JOHOR BAHRU CENTRE (JBCC). Ada juga yang bertanya Sis, ‘antara makan bufet dan makan hidang set, mana yang lebih best?’. Kalau di tanya Sis, Sis lebih prefer makan set hidang duduk meja. Sebab satunya jimat dari segi harga, juga kita boleh kontrol makan.
Tapi itu bagi orang yang tak kuat makan, dan malas nak duduk bangun amik makanan, tambah kalau ada orang tua kan, tapi kalau korang yang suka makan, lebih baik makan bufet sebab banyak pilihan makanan. Berbaloi laa dengan harga yang di bayar, boleh tambah-tambah ulang alik ceduk makanan tanpa had.
Kalau makan set ni korang tak payah bangun, tapi paling best, lebih harmoni time makan, dapat berborak sesama dan enjoy berkongsi makan gitu, just duduk dan staff akan serve makanan korang sekaligus!. Ikutlah pilihan memasing, nak bufet atau set hidang.
Tumpang aura anak-anak muda, kita dah tua he3 |
Bagi korang yang suka makan set hidang bersama family sempena Tahun Baru Cina nanti, bolehlah ke Holiday Inn Johor Bahru Centre (JBCC) dan nikmatinya bersama keluarga atau kawan-kawan.
Untuk kali ni kami di hidangkan dengan 9 hidangan istimewa termasuk Yee Sang. Memang tak lengkap Tahun baru Cina tanpa hidangan Yee Sang kan. Sis sangat sukakannya!!. Lain hotel lain persembahan Yee Sangnya tapi kebanyakkannya sama jer rasa walau rupa berbeza.
Selain buffet, mereka juga menawarkan Harmony Reunion Feast untuk makan bersama keluarga/kengkawan dengan pilihan menu yang lazat untuk 10 orang, atau korang juga pilih Harmony Family Set untuk 4-6 orang atau 6-8 orang. Dalam setiap satu set di hidangkan khas menu-menu yang pasti membawa kegembiraan makan bersama keluarga atau kengkawan.
Antara yang Sis cuba ;
Steamed Red Snapper in Nyonya Curry |
Four Prosperity Hot & Cold Combination |
Deep-fried Crispy Boneless with Tom Yam Mayonnaise |
Baked Lobster Thermidor |
Braised Tqu Kan and Chai Pok with Broccoli |
Braised Sweet Corn Soup with Fish Maw and Crab Meat |
Nyonya Fried Rice with Chicken Prawns and Dried Shrimps |
Chilled Water Chesty and Jackfruit with Fresh Coconut Cream |
Blissful Yee Sang Set |
Dalam banyak-banyak menu tu, Sis paling suka Nyonya Curry & Lobster dia tu, memang sedap betul! 9/10 ⭐️Sis bagi. Rasa dan keenakkannya sangat sedap. Untuk menjadikan perayaan Tahun Baru Cina korang lebih meriah, korang boleh cuba Blissful Yee Sang Set, tersedia untuk makan di restoran atau dibawa pulang. Raikan Tahun Baru Cina korang penuh bermakna di tahun Ular ini.
Untuk menu korang boleh lihat di sini bit.ly/feast_of_fortuneandflavours. Buat tempahan awal via : +6011 3603 3163 (https://hijbccdineateight.wasap.my) .
Lebih banyak gambar : facebook pages akusislin
IG posting : akusislin
Tiktok postimg : akusislin
P/S : Hujan di Pasir Gudang pagi ni setelah lama tidak hujan, alhamdulilah ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.