MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA DI ST GILES SOUTHKEY JB

MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA DI ST GILES SOUTHKEY JB

Sis Lin
By -
2
MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA DI ST GILES SOUTHKEY JB. Mood Tahun Baru Cina semakin berdegup, di tambah pula dengan kemeriahan sana sini pesta sambutannya, tu belum raya lagi, kalau time raya entah macam mana laa meriahnya kan. Masuk Mall dah meriah dengan hiasan warna merah merah sana sini. Siap ada ular melintang atas bumbung hahahaha.. 

Begitulah kan, tak kisah perayaan apa, kita satu Malaysia, maka kita raikan, tak raya kita, mereka pun raya juga, janganlah ada sikap racist sangat, mana yang tak elok kita elak, mana yang datangkan mihibbah, kita raikan sesama. Macam promosi bufet Tahun Baru Cina ni juga, bukan kata orang Cina jer boleh makan, kita Melayu, India atau bangsa kaum lain pun, semua pun boleh. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Jika korang masih mencari tempat makan bersama keluarga atau kengkawan sempena Tahun Baru Cina, jomlah ke St. Giles Southkey dan nikmati lebih dari 150 hidangan menu yang lazat!. Yang bestnya, lepas soping di MidValley SOGO tu, boleh singgah terus  makan di sini. Sebab ada connecting terus ke lobby St Giles Southkey ni. Lepas makan, boleh check-in terus!. 

Kepuasan menikmati makanan dari pelbagai hidangan boleh korang nikmati di sini. Antara menunya ; seafood on Ice, Rojak Buah-buahan, Fish Maw & Prawn (Penchai), aneka menu Western Hot Dishes, Vietnamese Roll, Stir Fries Carrot Cake dan banyak lagi hidangan lauk-pauk lain. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Biasanya di sini menu yang Sis cari adalah Roti Jala cecah Kuah Sardin mereka tapi pada bufet haritu takde pulak menu tu, katanya mereka akan hidangkan pada bufet Ramadan nanti, so kalau korang nak rasa, kena datang pada bufet ramadannya, sedap wa cakap luuu.. 

Dari masakan panas, kukus, goreng-gorengan, ada juga station Live Action yang menghidangkan masakan panas dari kuali, juga pelbagai lauk-pauk masakan Melayu, Chinese dan Indian semua pun ada. Tak lupa menu Shushi juga menu Jepun pun ada seperti Shashimi. Fuhh memang nikmat yaaa dapat makan Salmon fresh di sini. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Pilihan pencuci mulut juga banyak di sediakan termasuk aiskrim Baskin Robin mereka yang menjadi tumpuan anak-anak, sampai beratur panjang yaa Sis nak amik aiskrim, menarik pulak pengalaman tiu hahahaha.. teringat zaman kecik-kecik. 

Sambil menjamu selera, korang juga di hiburkan dengan persembahan Live Pipa performance, Chinese Face Changing Performance & juga Pineapple Tarts Giveaway!. So memang meriahlah Tahun Baru Cina korang dapat bawa family dan kengkawan makan di sini. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Di St Giles Southkey JB

Jangan lupa masukkan dalam list tempat makan best di Johor dalam percutian Tahun Baru Cina korang nanti okayy. Jom buat tempahan sekarang! Hot seats now!! 

Double Fortune Buffet Dinner
Pada 28, 29, & 30 January 2025
Dari Jam 6.30PM - 10PM
🧧 RM188nett Dewasa
🧧 RM128nett Warga Emas
🧧 RM88nett Kanak-Kanak

Double Prosperity Buffet Lunch
Pada 29 & 30 January 2025
Bermula Jam 12PM - 3PM
🧧 RM138nett Dewasa
🧧 RM88nett Warga Emas
🧧 RM69nett Kanak-Kanak

Nikmati Diskaun Hebat ;
🔖 Diskaun 20% untuk pembelian awal bermula 13 January 2025
🔖 Diskaun 10% untuk telahan berkumpulan minimum 5 orang dan ke-atas
*Tertakluk terma dan syarat

Lihat buku menu di sini : https://anyflip.com/nqayv/tztg/

Untuk tempahan ; 
📞 +6012 309 9762
📧 fnb.skjb@stgiles-hotels.com

LIhat Lebih Banyak Gambar : facebook page akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin


P/S : Tak sabar nak tunggu bufet ramadan pulak, next week berderet nak pergi makan dan buat posting hehehehe.. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ular melintang atas bumbung, ahahahaa - terhibur jap part ni.
    Yg ikan tu pudingkah sis? cantik betholll ye, sayang nak makan.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!