MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA DI PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB JOHOR BAHRU. Habis perayaan Krismas, maka akan datanglah Tahun Baru Cina, sebelumnya masuk bulan Ramadan. Sekejap kan masa berlalu. Dah bersusun jadual jemputan makan sana sini dalam kalender Sis, yehuu..
So selepas ni akan berderetlah posting Sis makan-makan sempena promosi untuk Tahun Baru Cina di sekitar hotel-hotel di Johor Bahru ni. Dan antaranya adalah di Ponderosa Golf & Country Club. Bukan setakat main golf aja di sini, malah Cafe yang tersedia juga ada menyajikan makanan sedap untuk semua pengunjung. Samaada dalam hidangan buffet atau ala-carte. Mesti ramai tak tau kan?.
Dan baru-baru ini Sis pergi ke sini memenuhi jemputan makan bersama-sama kawan-kawan media lain untuk menjamu selera set menu Lunch & Dinner mereka bagi meraikan Tahun Baru Cina akan datang, beserta juga Yee Sang.
Tak lengkap rasanya Tahun Baru Cina kalau takde gaul-gaul Yee Sang kan, so di sini ada menawarkan dua pilihan Yee Sang. Sis mencuba Fruity Yee Sang, sangat sedap! Fresh rasa buah-buahannya dan juga sosnya. Korang pasti sukakannya!.
Variety Of YEE SANG set
Fruity YEE SANG RM28+ (S Size) RM38+ (L Size)
Salmon YEE SANG RM48+ (S Size) RM78+ (L Size)
Juga kami di hidangkan dengan set Family (8pax) dengan 8 jenis menu. Kalau korang tak ramai amik set untuk 5 orang tapi kalau jenis kuat makan, baik amik set 8 orang, puashati makan. Jika ada tambahan pax, korang kenalah bagitau staff mereka ya. Set ni boleh korang makan ketika malam Tahun Baru Cina, pagi raya, atau hari-hari sepanjang perayaan Tahun Baru Cina. sebab ianya akan bermula dari 6/01/2025 hingga 12/2/2025.
Hidangannya sangat berbaloi, makan 8 orang pun tak terhabis makannya. Paling Sis suka adalah ; Ponderosa Crispy Roasted Chicken, juga Yam Fried Rice with Chicken & Dried Shrimps, memang sedap!!!. Tersedia dalam dua set berlainan harga.
Harmonios set RM 488+ (For 5 persons).
Majestic set RM988+ (For 8 persons).
Dan set yang Sis cuba adalah Majestic set RM988+ untuk 8 orang makan. Setiap hidangan melambangkan keberkatan dan kebahagiaan, menjadikan pengalaman makan korang bersama keluarga lebih bermakna pada Tahun Baru Cina nanti!.
Majestic Set RM938+ (For 8 persons)
* Prosperity Mango YeeSang
* Double-boiled Chicken Soup with Cordyceps Flower
* HK-Style Steamed Grouper with Preserved Radish
* Ponderosa Crispy Roasted Chicken
* Braised Brocolli with Mushrooms & Pacific Clams
* Superior Soy Sauce Prawns
* Yam Fried Rice with Chicken & Dried Shrimps
* Auspicious Nian Gao with Dessicated Coconut
Korang boleh buat tempahan bermula 6/01/2025 - 12/2/2025.
Tersedia pada waktu ;
* Lunch : 11am - 3pm
* Dinner : 6pm - 10pm
TUTUP pada hari Isnin.
Takeaway atau dine-in juga Delivery by Foodpanda
Hop Sing Restaurant
Ponderosa Golf & Country Club
3, Jalan Ponderosa 1/1,
Taman Ponderosa, Johor Bahru, Malaysia
07-354 9999 / 014-637 9841 atau https://wa.link/wkzapv
IG posting : akusislin
TikTok video posting : akusislin
P/S : Tahun ni dapat ke tidak angpow ekkk hehehehe ..
Menarik udang tu sis
ReplyDeleteDan sedap juga Ibu ..
Delete