SEHARIAN BERSAMA GENG JDT BLOGGER. Semalam Sis ada jemputan Media di Legoland Malaysia Resort sempena perasmian sambutan Tahun Baru Cina. Sis bersama 3 orang lagi JDT Blogger, Siti Rohaida, Hernee dan Juju. Nona datang kemudian.
Kami sepakat dah plan nak datang awal lepak-lepak minum kopi di Mall of Medini. Event start pendaftaran jam 2.30pm, tapi rupanya kami boleh amik tiketnya awal dan boleh masuk terus, arghhhh rugi!! Sebab mereka bagi tiket all in pass untuk 3 taman tema tu huhuhu..
Kami pun tak di maklumkan awal, tapi takpelah next time! Thanks Legoland Malaysia Resort yang selalu invite kami untuk cover event mereka.
Berjumpalah kami di Mall of Medini jam 12pm. Lepak Mamak dulu, minum kopi dan meratah 3 ketul ayam goreng, share bertiga. Lapar perut nak menunggu makan dalam Legoland. Malamnya pulak Sis, Hernee dan Juju ada jemputan Media review bufet ramadan di Holiday Villa Johor Bahru Hotel, so kena ‘tapis’ laa nak makan.
Sis ni tengah acah-acah cut sugar dan tolak nasi, dah seminggu buat, sebab 12/2 nanti ada Medical Checkup, so nak kontrol laa sikit, tapi semalam Sis ‘cheat-day’ laa, takkan laa nak tengok je kan diaorang tu sedut kopi! Mana mungkin!.
Hernee belanja kopi di Bens Grocer, Independent’s Cafe. Amik Caffe Latte satu pump sugar, tapi manis juga uii! Ermmm.. sedut aje laa kasi habis! Sambil minum kami boraklah pasal kerja ‘blogger’ ni. Banyak luahan di luahkan.
Ye laa sekarang nama blogger ni dah semakin pupus, mana-mana pergi, influencer aja yang ada tapi kami tak kisah, rezeki masing-masing, yang penting, kami buat kerja kami. Ada rezeki yerr ada, takde, kita usaha perbaiki.
Selesai event di Legoland tu, Sis, Hernee dan Juju terus ke Holiday Villa pula untuk jemputan bufet ramadan. Dan ini adalah jemputan review bufet ramadan terakhir untuk bulan Januari. Selepas ni kami REST dan sambung pula pada 5 Februari, inshaallah.
Semalam host dia EmbunJB, memang meriah suasana majlis. EmbunJb akan jadi host sepanjang bulan ramadan di Holiday Villa pada setiap Jumaat, Sabtu & Ahad nanti. Korang kalau nak dengo coleteh dia, pergilah nanti ya!.
Nanti semua posting bufet ramadan yang Sis pergi, Sis akan update selepas Tahun Baru Cina setelah selesai majlis perkahwinan anak Sis. Doakan mood RAJIN dan istiqomah tu kekal yaa.. ko dah makan, pandailah ko buat kerja kan!.
P/S : Mood kemas rumah dan sambung buat goodies pulak!
Semoga ukhwah terus memantul
ReplyDeleteAaaminn, inshaallah
DeleteKalau dekat boleh join...wah dah dekat kan majlis di pihak Sis plak...
ReplyDeleteYer SA, banyak benda nak kena settlekan ni ..
Delete