UBAT SAKIT TEKAK, MINUMLAH AIR BUBBLE O2. Sesiapa yang dah berapa kali jumpa Sis, mesti mereka tertanya-tanya ‘Sis tak sihat ke? Suara hilang’. Sebenarnya Sis pun tak tau kenapa, dah hampir dua bulan hilang suara ni.
Nak kata sakit tekak, tidak pulak, batuk pun cuma batuk gatal-gatal tekak sebab ketidak keselesaan suara ni ha, demam takde, selesema takde tapi suara boleh hilang. Pelik bukan. Bukan sekejap tapi dah hampir dua bulan.
Minumlah ketika sakit tekak atau batuk. |
Lepas balik dari Kembara Al-Quran tu laa suara Sis hilang. Mulanya lagi teruk sampai serak habis hilang terus suaranya, nak bercakap pun orang tak faham. Suara jadi putus-putus dan kadang tu macam keluar angin aja dari mulut.
Bukan tak risau, tapi bila tanya kengkawan, baca sana sini, katanya.. kalau kita pernah operate buang Tonsil, bila dapat sakit tekak, effectnya tu pada peti suara. Tapi betul ke tidak Sis tak tau laa.. tapi ada betulnya laa sebab sampai sekarang tekak suara Sis tak baik lagi.
Taknak claim lelebih tapi kita dah cuba, kita berani tulis |
Kemudian baru-baru ni ada terbaca mengenai air botol Bubble O2 ni haaa. Katanya air ni bagus untuk di minum hari-hari jika batuk.
Air Bubbles O2 ni adalah poduk Melayu. Air Mineral beroksigen sumber bawah tanah semulajadi mempunyai kandungan oksigen terlarut yang tinggi mampu memberi manfaat kesihatan seperti meningkatkan sistem imunisasi, memperbaiki penghadaman, melarutkan tisu lemak, menambah tenaga dan banyak lagi.
Cuma kebanyakkannya air Bubble O2 ni di jual di Petronas sahaja. Atau kedai-kedai pilihan.
Tersedia dalam 2 size |
Itu yang Sis baca laa, kita usaha cuba, dengan izinNya inshaallah .. Sis pun cuba, hampir seminggu beli berbotol-botol dan simpan di rumah. Nak beli sekotak besar asyik takde stok. Tu yang bila jumpa beli terus banyak.
Dan alhamdulilah, makin hari makin elok pulak suara ni, takde laa hilang dan putus-putus suaranya, kita bercakap pun orang dah faham. Tinggal serak-serak kasar jerr. Tapi okayylah dari sebelumnya.
Ubat? Ermm macam-macam ubat Sis makan dah, sampai beli ubat kedai Sengsei. Gula-gula? Makan sampai hampir naik gila! Hahahaha .. tapi ada degilnya juga, ais tetap minum hehehee.. tapi takkanlah sampai teruk macam ni kan..
P/S : Harini Ahad, hari pertama seluruh Johor cuti hujung minggu. Korang okkay ke tak tu? .
In shaa Allah! Kita usaha ikhtiar jika Allah izinkan sembuhlah ia. Semoga sis cpt sihat ye dikembalikan semula suara seperti sediakala. Aamiin! Ok x tu cuti hari Ahad mcm mana suasana nya disana? ;)
ReplyDeleteAlhamdulilah bertambah baik suaranya ni Ibo..
DeleteSo far harini tak keluar rumah, so tak tau keadaan jalanraya macam mana hehehe
Ada juga makcik kat kampung operate tonsil. Dia punya suara pun jadi serak kadang2 macam takde suara nak bercakap.
ReplyDeleteMudah2an cepat sembuhnya seperti sediakala
ReplyDelete