AGAK-AGAK SABTU KE AHAD YE PUASA?. Pagi-pagi group whatsapp memasing bertanya samaada esok ke lusa puasa. Sis ni baca aja, malas nak nyampuk sebab esok ke lusa ke puasa Sis tak kisah, Sis dah bersedia. Baik mengemas rumah, stok barang dapur, fiizikal, rohani dan mental pun dah siap sedia, anytime aja dah bersiap menyambut ramadan, tak sabar rasa..
Jika esok (Sabtu) puasa, malam ni dah tarawih, jika lusa (Ahad) puasa, esok malam laaa mula tarawih, inshaallah. Buat mereka yang berkesempatan, rebutlah peluang solat tarawih beramai-ramai di Mesjid. Bagi kaum wanita, lebih afdal solat di rumah (bilik) sahaja, kecuali jika Suami mengajak bersama. Jika tidak, sebaiknya di rumah sahaja.
Rasulullah telah bersabda: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di biliknya, dan solat di tempat tidurnya lebih baik daripada solat di rumahnya.” Paling penting jika ingin menunaikan solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat, ia tidak semestinya dilakukan sekaligus.
Apa-apa pun kita tunggu keputusan pengumuman tarikh mula puasa, sebab petang ni tengok anak bulan, jika anak bulan ramadan kelihatan, maka esok kita puasalah. Ingat masa dulu-dulu, kalau dulu masa kecik, jam 8pm aja, semua dah stanby depan TV nak tengok 'atok' sampaikan pengumuman puasa. Sekarang? Baca kat group dan media sosial aja kan..
Ramadan kali ni agak lain laa sikit, anak-anak semua dah berkahwin, so memasing dah ada plan memasing, hanya Sis dan Suami aja la. Pun belum ada plan berbuka mana dan nak masak atau makan apa puasa pertama nanti, kami ni jenis simple, apa-apa pun boleh.
Bab nak masak menu berbuka puasa pun, Sis tak amik kisah sangat, sebab menu-menunya pun sama jer dengan menu hari-hari Sis masak, kalau ada pun sikit special aja, lain-lain sama jerr, nak kena masak dan makan juga. Cuma tang menu Sahur aja nanti boleh blur. Awal-awal okay laa, nanti dah masuk minggu kedua ketiga, sesilap bangun teguk air aja, kan?.
Tahun ni nak cuba amal sahur dengan telur rebus dua biji. Harap-harap tekak ni boleh terimalah sehingga 30 ramadan hahahaha..
P/S : Korang rasa 'atok' pakai baju warna apa malam ni keluar TV? Sis teka Merah.
Kita rasa ahad puasa.
ReplyDeletetu la..MA rasa pun Ahad..
ReplyDeleteMA teka baju "atok" color maroon. sama2 kita tunggu malam nanti yer
salam ramadhan sis!!!