ANAK DAN MENANTU DATANG RUMAH BAWA BEKAL

ANAK DAN MENANTU DATANG RUMAH BAWA BEKAL

Sis Lin
By -
3
ANAK DAN MENANTU DATANG RUMAH BAWA BEKAL. Anak lelaki Sis yang baru berkahwin tu tak duduk serumah dengan Sis, hanya hujung minggu sahaja dia balik ke rumah Sis, mereka tinggal di rumah mertuanya di Taman Bukit Indah. Sebabnya menantu prempuan Sis tu mengajar tuisyen dan mengaji di Bandar Baru Uda, so agak jauh kalau nak ulang alik dari Pasir Gudang ke sana. 

Takpelah, mana-mana pun okayy, janji memudahkan kedua pihak. Janji mereka ada ingat juga nak balik dan datang rumah kita kan. Sis pulak jenis tak kisah, sebab kalau hujung minggu Suami ada jer di rumah tak kerja, kadang Sis pun keluar ke sana sini dengan Suami, so tak kisahlah kalau anak-anak nak balik ke tidak. Cuma kalau balik, meriahlah rumah kan. 

Anak Dan Menantu Datang Rumah Bawa Bekal
Alhamdulilah, sedap menantu masak

Dan baru ni anak lelaki dan menantu Sis dah bagitau nak balik Sabtu Ahad ni. Petang Sabtu tu menantu mesej, siap pesan 'Mak jangan masak, Mira bawa makanan', bila di tanya masak apa, katanya masak lauk dan nasi hahahaha.. kemain rajinnn ekkk.. 

Siang Sabtu macam biasalah Sis keluar dulu bersarapan dengan Suami kemudian belanja sikit barang dapur dan balik rumah berehat. Kebetulan Yana pun datang rumah, Ayahnya ajak keluar petang tu bawa Cucunya pergi playground. 

Dalam jam 9pm lebih baru anak lelaki dan menantu Sis sampai. Nampak menantu kendung macam-macam barang termasuklah bekal yang di masaknya. BIla anak dan menantu datang rumah bawa bekal, apalagi, Sis cuma buatkan air dan hidang aja laa, hehehehe.. 

Anak Dan Menantu Datang Rumah Bawa Bekal
Penganti sebulan hehehehe

Macam-macam di bawanya, ada Ikan Bwal Sambal, Udang Masak Lemak, Kobis Goreng, Daging Masak Kicap, Ayam Goreng, dan kelakarnya siap bawa Nasi, Timun sebiji dan buah Naga dua biji, adeiii lengkap siap semua dia bawanya menantu ni, alhamdulilah. 

Siap hidang, terus kami makan sama-sama. Lepas makan layan Netflix sampai memasing dah ngantuk. Esoknya Ahad, Ayahnya suruh kejut bangun semua ajak sarapan, lepas sarapan pergi cari barang rumah sikit, then terus balik. Suami servis dan cuci ekon, sementara anak lelaki tu ada, so Ayahnya suruh tolong sekali, kalau tak susah nak buat sengsorang. 

Malam Ayahnya beli makan bungkus, kemudian sambung lagi cuci dan servis ekon. Sis dan menantu layan Netflix cerita Sumala tu, kemain seramm weiiii. Siap semua kerja, anak lelaki dan menantu dah berkemas nak balik, kejap betul rasa masa kann, dah nak balik, sunyi balik rumah. 

Anak dan menantu dah balik emua, sembang-sembang dengan Suami sampai laa tertido memasing kepenatan.. 


P/S : Hati sedih fikirkan Cucu 😭

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Agaknya SA nanti [un macam tu jugak lah ek sis...anak sorang kan...laaa kenapa ngan cucu yang sorang tu sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa SA, nanti Dania mesti selalu ke rumah SA sebab biasa anak perempuan akan rapat dengan Ibunya berbanding anak lelaki hehehehe

      Delete
  2. Risau pulak kita.. Sebab selalu balik umah MIL ajak MIL makan luar je... Hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!