BAKAR IKAN TERUBUK UNTUK MAKAN TENGAHARI

BAKAR IKAN TERUBUK UNTUK MAKAN TENGAHARI

Sis Lin
By -
0
BAKAR IKAN TERUBUK UNTUK MAKAN TENGAHARI. Kan dah kata, bila dah sendiri aja di rumah, dah takde siapa nak teman makan, kita masak ajalah apa yang kita rasa nak makan kan. Stok dalam freezer ada ikan terubuk, ikan siakap, ikan kembong dan ikan merah, tapi selera nak makan ikan terubuk bakar, makanya kita defrostlah sekor. 

Bukak peti ais takde stok sayur pulak, so takpelah kita bakar ikan terubuk untuk makan tengahari sahaja. Petang ke malam ke, kita fikir kemudian nak makan apa. Ada sambal belacan tiktok lagi dan baki telur asin majlis doa selamat anak kahwin haritu, jadilah kann lauk untuk makan seorang. 

Masak lelebih kang takde siapa nak makan. Hati tu nak juga masak asam pedas ikan siakap, goreng sayur, goreng telur dadar, buat sambal belacan, fikir siapa laa nak makan, kita batalkan aja niat tu, tunggulah nanti anak-anak balik barulah kita masak. 

Bakar Ikan Terubuk Untuk Makan Tengahari

Segar betul ikan terubuknya, Sis beli online LIVE di JB Fresh Frozen Seafood kat TikTok, memang situ je laa Sis beli ikan, beli combo berjenis ikan, dia hantar dah siap siang bersih, so tinggal sesiap simpan dalam freezer, mudah nak masak dah ada stok ikan. 

Tapi ikan terubuk dia tak jual set combo, kena beli asing. Sis beli 3 ekor, dapat RM28, size sedang-sedang besar, yang penting fresh. Bakar makan cecah dengan sambal belacan atau air asam, memang sedap wooo.. 

Ada lagi 2 ekor, nanti kita bakar lagi. Cuma.... nak makannya kena sabar yaa, sebab ikan terubuk ni banyak tulang, makan dengan gelojoh mau tercekik laa kat tekak, trauma Sis uiiii.. 


P/S : Tak lama lagi ramadan kan, hurmmmm ....

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!