BLACKMORES MENJADI JENAMA KESIHATAN SEMULA JADI BUATAN AUSTRALIA PERTAMA MEMPEROLEH PENSIJILAN HALAL JAKIM

BLACKMORES MENJADI JENAMA KESIHATAN SEMULA JADI BUATAN AUSTRALIA PERTAMA MEMPEROLEH PENSIJILAN HALAL JAKIM

2
BLACKMORES MENJADI JENAMA KESIHATAN SEMULA JADI BUATAN AUSTRALIA PERTAMA MEMPEROLEH PENSIJILAN HALAL JAKIM. Pencapaian yang menyerlahkan komitmen BLACKMORES terhadap penyelesaian kesihatan berkualiti tinggi yang dihasilkan secara beretika, kini diperakui oleh piawaian Halal JAKIM yang diiktiraf di peringkat global. 

BLACKMORES Malaysia mengumumkan pencapaiannya sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang memperoleh Pensijilan Halal JAKIM. Pensijilan ini mengukuhkan komitmen BLACKMORES dalam menyediakan produk beretika berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi keperluan masyarakat Islam tetapi juga semua pengguna. 

Ia meningkatkan kepercayaan pengguna dan mengesahkan komitmen BLACKMORES terhadap ketelusan, kecemerlangan dan kemampanan dalam setiap aspek perniagaannya.

BLACKMORES Menjadi Jenama Kesihatan Semula Jadi Buatan Australia Pertama Memperoleh Pensijilan Halal JAKIM

Sijil rasmi Halal disampaikan pada majlis yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South. Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal dari Halal Development Corporation Berhad (HDC) menyerahkan sijil Halal tersebut kepada Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke, turut hadir bagi menyaksikan detik bersejarah ini. 

Selain memenuhi keperluan Halal, pensijilan ini membuktikan dedikasi BLACKMORES terhadap piawaian keselamatan yang ketat, sumber bahan yang telus dan pembuatan yang mampan. Ia juga menyerlahkan fokus jenama itu terhadap amalan buruh beretika, kemampanan alam sekitar dan kebajikan haiwan bagi memastikan produknya memenuhi piawaian global tertinggi.

BLACKMORES Menjadi Jenama Kesihatan Semula Jadi Buatan Australia Pertama Memperoleh Pensijilan Halal JAKIM

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk produk yang diperakui Halal di Malaysia, pensijilan ini membuka peluang pertumbuhan yang lebih besar untuk BLACKMORES. Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga mengukuhkan kedudukan jenama itu dalam pasaran kesihatan Malaysia. 

BLACKMORES kekal komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang berubah-ubah dengan menyediakan penyelesaian kesihatan holistik yang menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka.

Ketika BLACKMORES meluaskan kehadirannya di Malaysia, syarikat itu kekal teguh dalam misinya untuk mematuhi standard etika tertinggi dan menyampaikan kualiti, keselamatan dan ketelusan yang dipercayai oleh pengguna Malaysia. BLACKMORES juga berbangga atas pengiktirafan Anugerah Platinum bagi Anugerah Jenama Paling Dipercayai, setelah memenangi anugerah berprestij itu selama 10 tahun berturut-turut melalui undian oleh pengguna Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semulajadi BLACKMORES, pelanggan boleh melayari blackmores.com.my. 


P/S : Aku update sini sebab aku pengguna BLACKMORES. 

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Vitamin Blackmores SA dah habis..nak beli Fish oil, vit C dan Primrose oil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo SA pun sama ekkk makan brand ni.. sama laa kita ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top