BUFET RAMADAN 2025 : 'BUFET MAKAN SEPUASNYA MENU NUSANTARA' DI MUARA STEAMBOAT & GRILL. Sempena Ramadan nanti, Muara Steamboat & Grill akan mengadakan bufet ramadan di Dewan Temulawak dengan lebih dari 100 hidangan menu nusantara sepanjang ramadan nanti. Korang boleh nikmatinya bersama keluarga dan kawan-kawan dengan pilihan pakej tersedia.
Tersedia dalam 3 pakej (Pakej A, B & C). Untuk pakej A, makan bufet ini menghidangkan menu secara bufet (dalam dewan makan) dan korang boleh makan sepuasnya tanpa had. Antara menu yang ada; Nasi Minyak, Tauhu Begedil, Gado-Gado, Rendang Daging, Roti Jala, Udang Sambal, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Berlado, dan banyak lagi!.
Dalam dewan Temulawak ni boleh memuatkan hampir 200 orang dalam sekali masa, tapi jika tidak mau berebut tempat, di sarankan korang book awal untuk lock seat korang. Tempat duduk adalah terhad. Dan jangan risau, untuk penyediaan makanan, mereka akan topup setiap kali makanan habis.
Untuk pakej lain, tersedia dalam (pakej B) bufet Steamboat & Nasi Dulang set atau (pakej C) bufet Steamboat & Nasi Dulang set & BBQ set. Pilihan di tangan korang. Dua pakej ni adalah bufet makan steamboat bersama set dulang. Sama juga bufet makan sepuasnya cuma ianya adalah pilihan steamboat dan set nasi dulang juga BBQ.
Cuma yang Sis pergi ini adalah makan di dalam dewan Temulawak bufet. Menu-menunya memang sangat best, banyak pilihan dan menyelerakan, berbaloi dengan harganya. Paling menarik dan yang Sis suka makan Roti Jala cecah dengan Gulai Kambing dia, sedapnya lahaiii.. Gado-Gado dia pun sedap, berasa kuah kacangnya tu, so far semuanya best dan sedap di tekak Sis.
LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG video REEL : akusislin
TikTok Posting : akusislin
Tempah sekarang untuk harga buffet serendah RM50++ Dewasa & Warga Emas, RM25++ untuk Kanak-Kanak dan OKU. (Hanya untuk 3 Hari Ramadan pertama)
Bermula ramadan ke 4 hingga ramadan 27, harga bermula dari RM88++ Dewasa, RM66++ Warga Emas & RM44++ Kanak-Kanak dan OKU.
Status HALAL*
Harga tertakluk kepada pakej*
Surau ada di sediakan*
Free parking*
Bufet Makan Sepuasnya Menu Nusantara
Muara Steamboat & Grill
No. C1, Blok C, PTD 213607,
Persiaran Senibong, Teluk Senibong, Masai,
Johor Bahru, Malaysia
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Whatsapp: 6019 446 1665
Waze: Muara Steamboat and Grill
*Tempahan perlu dibuat 5 jam sebelum walk-in
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Steamboat dia sangat Sis recomended, makan ampai kenyang sepuasnya... best gilerr..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.