BUFET RAMADAN 2025 : 'CITARASA MILINEAL - TRADISI LAMA SENTUHAN BARU' DI SUASANA SUITES CAFE

BUFET RAMADAN 2025 : 'CITARASA MILINEAL - TRADISI LAMA SENTUHAN BARU' DI SUASANA SUITES CAFE

0
BUFET RAMADAN 2025 : 'CITARASA MILINEAL - TRADISI LAMA SENTUHAN BARU' DI SUASANA SUITES CAFE. Makin hari makin dekat dah nak masuk bulan ramadan, maka akan berakhirlah promosi early bird bufet ramadan di sana sini, so bagi korang yang belum lagi buat pilihan dan tempahan untuk berbuka puasa, korang boleh masukkan dalam list berbuka puasa di sini.

Bermula 3 Mac hingga 29 Mac 2025, bufet ramadan Suasana Suites Cafe akan menghidangkan lebih dari 80 sajian pelbagai menu masakan Melayu dan moden yang menampilkan citarasa berbeza untuk korang semua. Variasi menunya berkonsepkan menu masakan melayu lama tapi di modenkan bagi menepati citarasa selera terkini, namun rasa tetap sedap untuk di nikmati. 

Antara tempat makan best di Johor, di sinilah ..

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Antara yang menarik perhatian Sis adalah; Nasi Machboss, Kambing Bakar, Sup Tulang Merah, Quesadilla, Sup Madura, Ayam Percik dan banyak lagi!. Aneka desserts juga tersusun di hidangkan. Aneka Kerabu, Shushi, Salad dan bubur juga tersedia. Juga goreng-gorengan seperti; pisang goreng sambal kicap, keledek goreng, cucur dan macam² lagi!. 

Setiap tahun memang Sis tak lepaskan peluang memenuhi jemputan media preview di sini sebab Sis suka akan masakan Chef-Chef mereka, menepati selera tekak Sis. Lauk pauknya semua sangat menyelerakan dan menu masakan kampung yang selalu mereka ketengahkan. Antaranya ; Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Udang Goreng Nestum, Sayur Lemak Labu, Daging Lemak Cili api dan banyak lagi. Setiap hari menu akan bertukar. 

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Sup tulang merah mereka sangat mabeles yaa di tekak Sis, sedap betul. Juga dessert-dessert dia, Sis yang bukan pengemar manisan tapi Sis suka betul makan desserts di sini. Sis biasa datang makan lunch di sini bersama kengkawan, sebab tu Sis boleh cakap, makanan di sini memang sedap. Korang cubalah. 

So apalagi korang, jom berbuka di sini sambil nikmati pemandangan bandaraya Johor Bahru dari rooftop tingkat 33A yang mana ianya adalah Cafe paling tertinggi di Johor Bahru!. Tempat makannya pun santai best view okayy.. sangat cantik pada waktu malam. Bersebelahnya ad swimmning pool, haa korang bolehlah OOTD juga oakyy.. 

LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

Bufet Ramadan 2025 : Citarasa Milenial - Tradisi Lama, Sentuhan Baru

CITARASA MILENIAL - Tradisi Lama, Sentuhan Baru
Suasana Suites Café, Level 33A
Bermula 3 Mac hingga 29 Mac 2025 
Dari jam 7:00pm – 10:00pm

Promosi pembelian awal (Early Bird) ;
RM95.00nett Dewasa
RM55.00nett Kanak-Kanak
RM75.00nett Warga Emas
*Sah pembelian sehingga 2 Mac 2025

Harga biasa (Normal Price) ; 
RM115.00nett Dewasa
RM65.00nett Kanak-kanak
RM95.00nett Warga Emas

Untuk tempahan & pembelian ; 
📞 Call / WhatsApp: +6011 2640 0688
📧 Email: sales.johorbahru@shama.com

Selamat menjamu selera 😋


P/S : Nak beli cobek baru, puasa nak buat sambal penyekkk lenyekkkk.. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top