BUFET RAMADAN 2025 : 'GEMPITA RAMADAN' DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Di Johor antara Hotel yang jadi pilihan kalau nak makan bufet salah satunya di Renaissance Johor Bahru Hotel. Bukan kata bufet ramadan aja, malah bufet mingguan dan perayaan mereka juga menjadi tumpuan buat mereka yang mencari bufet.
Sis juga tak terkecuali salah seorang yang memang suka datang makan di sini. Variety menu yang di hidangkan terlalu banyak, hampir lebih dari 300 jenis menu dalam satu bufet, jadi kalau rasa mahal bayar makan tu, berbaloilah dengan menu yang di hidangkan. Mau taknya, kalau udang galah tu, sebesar lengan cucu Sis oii.. ko ngase?...
Terlalu banyak pilihan hampir lebih dari 300 jenis menu di hidangkan sepanjang ramadan. Dan istimewanya juga tahun ini, setiap hujung minggu penampilan khas Chef selebriti Sheila Rusly dan KOL/influencer Zam Akmal akan turut sama menghidangkan menu highlight mereka untuk ramadan kali ni.
Antara pilihan ramai menu di sini adalah; Udang Galah Goreng Berempah, Baked Giant Fish, Sup Tulang Merah, Sup Ekor Berempah, Roasted Whole Lamb, Nasi Ulam Jeruk (air tangan Sheila Rusly), Daging Sate Goreng Berempah (air tangan Zam Akmal), Gulai Daging Tetel Nangka Muda, Kambing Rendang Cili Padi dan banyak lagi!.
Nak makan semua pun tak larat, tapi semua pun nampak sedap..
Bukan sahaja bahagian dalam saja yang di penuhi dengan sajian, malah di bahagian luar juga ada tapi di situ lebih kepada station masakan panas. Roti John yang di masak panas, Lauk-Pauk sekuali juga tersusun pelbagai pilihan, Yong Tau Fu segar juga ada, Shawarma juga ada, dan paling Sis suka Sate mereka, perapan rempah pada daging tu cukup menyelerakan.
Tak lupa Teh Tarik dari abang macho, sekali dia tarik, terus tertarikkkk gituuu hahahaha.. Memang banyaklah pilihan makan di sini. Dah habis di luar, bahagian Desserts pulak, bermacam jenis ada, termasuk aneka bubur, kuih-muih melayu, choc fountain mashmallow, jajan kanak-kanak dan ais batu campur juga ada.
Nak sebut satu-satu, sampai eok tak habis korang baca..
Terlalu banyak makanan, kalau makan korang beringat-ingatlah ya, jangan ikut nafsu, makan ikut keperluan, jangan membazir, Sis perhtikan je mereka-mereka yang menceduk berpinggan-pinggan, mentang-mentang bayar mahal, ikut suka nak ceduk ekk, jangan begitu, makan dengan perlahan, biar 'sampai' rasa sedap tu yaa..
Antara menu jadi pilihan Sis di sini kali ni, semestinyalah; Nasi Daun Jeruk di makan dengan Daging Goreng Berempah tu, perghh paduu Matt oii. Udang Galah Goreng, juga station Carving tu, Pasta, juga Seafood on Ice. Lauk pauk pun okayy tapi tu laa tengah diet nasi putih ni, makan pun takde feel, ratah aja laa mampu, but semua rasa okay, tak sedap sikit tu biasalah, lidah kita kan takde tulang hahahaha..
LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Memang mantap betul Nasi Daun Jeruk dan Daging Sate Goreng Berempah mereka, betul sampai ke hati bila makannya, jujur cakap, ikhlas..
Selebriti Sheila Rusly : Nasi Daun Jeruk
Influencer/KOL Zam Akmal : Daging Sate Goreng Berempah
Gempita Ramadan Renaissance
Bermula pada : 1 Mac - 30 Mac 2025
Jam : 6.30pm - 10pm
Harga jualan baucer :
* RM198nett Dewasa
* RM99nett Kanak-Kanak
Promosi pembelian awal :
20 Januari - 25 Februari 2025 (Beli 10 PERCUMA 1 baucer)
*Diskaun 15% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
*Diskaun 10% untuk ahli Marriot Bonvoy
*Diskaun 10% untuk pemegang Maybank & Standard Chartered Bank Card
*Surau tingkat 2
Untuk membuat tempahan hubungi :
📲 : +6017-7713327 (Whatsapp)
☎️ : +6073813322
💻 Online Booking : https://bit.ly/TableAppCafeBLD
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Aku kadang rasa tercabar kalau orang lelaki pandai maak tawww hahahahah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.