BUFET RAMADAN 2025 : 'IFTAR BUFFET' DI SEDAP CORNER JOHOR BAHRU. Bagi korang yang lebih nak santai-santai berbuka puasa bersama keluarga, korang boleh datang berbuka puasa di Sedap Corner JB ni. Ada lebih dari 50 hidangan yang di sajikan dengan pelbagai jenis masakan dari dapur panas hingga ke menu bufet.
Ye laa ada orang suka makan di Hotel, dan ada sesetengahnya, lebih suka makan di Restoran/Cafe ketika berbuka, salah satu sebabnya, malas nak bersesak berebut makan dan nak turun naik lift, lagi kalau bawa orang tua yang berkerusi roda. Sis ada beberapa 'alasan' sebegitu yang Sis dengar, tapi terpulang masing-masing kan.
Sedap Corner ini adalah sebuah Restoran, bersijil Halal dan terletak betul di tengah bandaraya Johor Bahru. Nak tujunya pun senang, restorannya betul belakang Thistle Hotel Johor Bahru. Rata-rata kalau waktu lunch memang fullhouse, Sis sendiri pun suka makan di sini. Kuih-Muih Melayu dia sedap.
Dari masakan lauk-pauk, pasta, BBQ, Laksa & Mee, Goreng-gorengan, Rojak, juga terhidang beraneka kuih-muih melayu dan moden termasuk buah-buahan, bubur, minuman panas dan sejuk, juga ais batu campur dan cendol dan juga ais jelly, pun ada, memang penuh meja!.
Sis paling suka laa station bakar-bakar dia, memang sedap betul sambal ikan bakarnya! Ada ikan, sotong, udang, semuanya segar-segar, tak lupa juga Sate Daging dan Sate Ayam. Asam pedas ikan dan juga Daging Lemak Cili Apinya pun mantap! Korang kena try semuanya.
Baucer pembelian awal (Early Bird) :
RM75nett Dewasa (sah tawaran pembelian sebelum 6 Mac 2025)
LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Harga Biasa (Normal Price) :
RM85nett Dewasa
RM53nett Kanak-Kanak & Warga Emas
*Kanak-Kanak bawah 12tahun PERCUMA
Iftar Bufet Sedap Corner 2025
📆 7 March - 28 March 2025
⏰ 6:30 PM - 9:30 PM
📍 No. 11 Jalan Abdul Samad, Johor Bahru
Untuk tempahan/pembelian baucer :
📲 +601 1137 7652 | +601 7760 5679
*Surau tersedia
*Parking Percuma
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Minggu-minggu akhir sebelum ramadan, rezeki 'duit raya' Allah nak bagi, alhamdulilah ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.