BUFET RAMADAN 2025 : 'RASA KASIH, HULURAN IHSAN' DI DAPUR SAMBAL CAFE

BUFET RAMADAN 2025 : 'RASA KASIH, HULURAN IHSAN' DI DAPUR SAMBAL CAFE

0
BUFET RAMADAN 2025 : 'RASA KASIH, HULURAN IHSAN' DI DAPUR SAMBAL CAFE. Sempena pembukaan rasmi Dapur Sambal Cafe baru-baru ni, makanya tahun ini mereka akan mengadakan buffet ramadan yang bakal menghidangkan lebih dari 100 hidangan masakan Melayu yang menyelerakan. 

Teruja Sis bila sampai ke tempatnya. Sangat cantik dan tak sangka dalam ceruk bandar gini ada dewan makan secantik ini, dah macam ala-ala balik kampung pulak. 

Suasana tempatnya cantik dan selesa. Di sini juga kalau korang nak buat majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan apa-apa sahaja majlis keraian juga boleh. Boleh memuatkan lebih dari 500 orang. Berhawa dingin dan lapang mata memandang. 

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Dan untuk bufet ramadan ini, mereka menghidangkan pelbagai menu dari masakan melayu dan barat yang pasti menyelerakan. Antara menunya : Kambing Golek, Stesen BBQ & Grill, Gulai Kambing, Sotong Masak Lemak, Rendang Tok, Daging Salai Cili Api, Laksa Johor, Ikan Cencaru Sumbat, Sambal Goreng, Asam Pedas, Kuih-Muih Melayu, aneka kerabu, minuman panas dan sejuk juga buab-buahan . 

Menu-menu ini akan bertukar-tukar setiap hari dan ketika Sis datang pada majlis media preview ini, menu yang di hidangkan adalah di antara menu highlight sahaja, nanti masa waktu ramadan, kesemua menu-menu akan di hidangkan lebih dari ini. 

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Pelbagai pilihan dan yang paling Sis teruja tu ada Laksa Johor. Buka puasa kalau ada Laksa Johor memang nikmat betul makan kan. Juga Rendang Tok dan paling Sis pelik bila tengok, Sotong Masak Lemak, tak pernah pulak Sis makan, tapi bila makan, oo kemain sedap, nanti bolehlah try masak sendiri di rumah hihihi. 

Korang kalau belum ada tempat nak bawa family berbuka puasa, korang boleh ke sini ya. Dengan setiap pembelian baucer yang korang beli, sebahagian darinya, mereka akan salurkan ke Cerebral Plasy Johor (CPJ). Jadi sambil korang makan, korang juga telah pun menyumbang sama. Besar pahala menderma sempena ramadan ini. 

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

Bufet Ramadan 2025 : 'Rasa Kasih, Huluran Ihsan' Di Dapur Sambal Cafe

LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook page akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin 

Untuk pembelian awal baucer ;
RM118nett Dewasa
RM58nett Kanak-Kanak dari  7 - 12tahun. 
*Sah laku sehingga minggu awal ramadan. 

Harga biasa (Normal Price)
RM138nett Dewasa
RM69nett Kanak-Kanak dari 7 - 12tahun

Rasa Kasih, Huluran Ihsan
Dapur Sambal Cafe CPJ, Jalan Mustaffa, Gertak Merah, JB
Bermula 6 - 27 Mac 2025
Dari jam 6.30pm - 10pm 

*Surau & tandas di sediakan
*Parking percuma

Untuk pertanyaan dan tempahan ; 
En. Shazil +6017-818 1334
Mr. Thomas +6013-541 1338


P/S : Bila tengok event hall cantik-cantik, tapi aku dah takde anak nak kahwin dah hahahaha.. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top