BUFET RAMADAN 2025 : 'SAJIAN NOSTALGIA BUFFET DINNER' DI ST GILES SOUTHKEY

BUFET RAMADAN 2025 : 'SAJIAN NOSTALGIA BUFFET DINNER' DI ST GILES SOUTHKEY

Sis Lin
By -
0
BUFET RAMADAN 2025 : 'SAJIAN NOSTALGIA BUFFET DINNER' DI ST GILES SOUTHKEY. Dengan lebih dari 150 hidangan, bufet ramadan berbuka puasa di St Giles Southkey ini bakal menyajikan sajian yang menyelerakan yang pasti membuatkan korang duduk makan tak reti nak balik, termasuklah Sis ha³!.

Sis suka kalau ke St Giles Southkey ni sebab hotelnya dalam Mall, so bila ke sana, kadang sebelum masuk Hotelnya, Sis boleh jalan-jalan cuci mata dulu. Dekat Lobbynya pun ada kedai kopi GG Coffee gak, so memang bestlah datang sini sekadar nak lepak minum kopi. 

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Untuk tahun ni, mereka mengadakan bufet ramadan bertemakan Sajian Nostalgia Buffet Dinner yang akan menyajikan pelbagai variasi makanan dan hidangan Melayu dan Barat dalam satu malam. Tapi tiap malam tu menunya bertukar-tukarlah, takkan laa hari-hari menu sama je kan. 

Antaranya; Sup Tulang Rusuk Berempah, Kambing Bakar, Roti Jala Sambal Sardin, Udang Goreng Butter, Ayam Masak Merah, Ketam Cili, aneka Kerabu, Bubur Lambuk Daging, Shawarma, aneka Ikan Bakar, Lemang Ketupat juga Burasak, Satur Goreng Jawa, Durian Goreng, Om Ali, Pasta dan banyak lagi!. Kali ni banyak Sis makan, sebab semua menu dia Sis suka!. 

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Macam biasa, menu kegemaran Sis kalau ke sini adalah Roti Jala makan cecah dengan Sambal Sardin mereka, memang sedap, Sis akan makan menu tu dulu berbanding yang lain-lain hehehehe.. Sis perasan tahu ni menu mereka lebih meriah dari tahun lepas. Setiap hidangan sangat menyelerakan, ramai yang datang maa tu memang tertumpu lauk-pauk mereka yang tersusun semua. 

Dengan harga yang di bayar memang sangat berbaloi korang datang dengan kawan-kawan dan keluarga berbuka puasa di sini. Sebelum berbuka boleh jalan-jalan di Mall soping baju raya, kemudian makan malam di sini. Kalau letih kekenyangan makan, boleh check-in terus, apa susahnya kan.. 

So korang kalau nak booking dah boleh booking, sebab jualan pembelian awal sudah pun bermula. 

LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Bufet Ramadan 2025 : 'Sajian Nostalgia Buffet Dinner' Di St Giles Southkey

Sajian Nostalgia Buffet Dinner
St Giles Southkey JB
Bermula dari 2 Mac - 28 Mac 2025
Dari Jam 6.30pm - 10pm

Korang dah boleh beli baucer pembelian awal dengan hanya RM158nett Dewasa. Tawaran ini sah sehingga 20 Februari 2025 sahaja!. 

Harga Biasa ; 
RM188nett Dewasa
RM138nett Warga Emas
RM98nett Kanak-Kanak


*Surau di sediakan
*LIVE akustik sepanjang ramadan 

Untuk tempahan meja ; 
WhatsApp +6012 309 9762
Email to fnb.skjb@stgiles-hotels.com

Selamat menjamu selera 😋


P/S : Esok Public Holiday Thaipusam .. korang ke mana?

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!