BUFET RAMADAN 2025 : 'SELERA GURINDAM' DI AMARI JOHOR BAHRU HOTEL. Bufet ramadan yang di nanti-nantikan ramai orang, ianya ada peminatnya tersendiri sampaikan ramai bertanya pada Sis tentang bufet ramadan di sini. Untuk tahun ini Amari Johor Bahru Hotel bakal menghidangkan lebih dari 200 menu hidangan masakan Melayu, Chinese, Indian dan Thai sepanjang ramadan nanti.
Tak payah dah susah-susah kalau teringin nak makan makanan Thai, korang boleh berbuka puasa di sini. Di sini tersedia menu antaranya ; Beef Noodle, Pulut Mangga, Somtam, juga Char Kue Teow, Seafood Creamy Salted Egg, aneka Asam Pedas (Ayam,Seafood, Ikan, Tetel), juga Daging Salai Lomak Cili Api, Kambing Golek, Sup Gearbox Tulang Merah, aneka Sup, Seafood on Ice dan banyak lagi!!!.
Kaunter menu Thai dia siap ada gadis Thai original import dari Thailand okay. Mereka hidangkan panas-panas secara live station untuk korang. Inilah masanya korang nak merasai makan menu Thai dalam suasana bufet ramadan, menarikkan.
Bukan hanya di dalam sahaja, malah di sebelah luar juga penuh dengan menu-menu istimewa seperti ; Churros, Murtabak, Otak-Otak, pelbagai jenis Ikan Bakar, Satar, dan banyak lagi, semestinya aneka Asam Pedas tersedia berkuali untuk korang. Kambing Golek? Mestilah ada. Jangan lupa mencubanya ya.
Pstt Serawa Durian dan Bubur Lambuk ayam dia power betul kesedapannya! Korang kena try!!. Hidangan pencuci mulut dan buahan juga mewah di hidangkan. Pelbagai jenis kuih-muih melayu dan moden ada di sini. Sambil makan korang juga akan di hiburkan dengan persembahan Live Band dari One Avenue Band & Orkes Yulama.
Untuk tahun ni, sekali lagi lagi, Amari Johor Bahru Hotel mengadakan cabutan bertuah pakej ke Umrah untuk dua orang bagi sesiapa yang membeli baucer bufet ramadan mereka. Teruja Sis mendengarnya, mana laa tau kan, kot rezeki korang, menang cabutan bertuah, berbaloi-baloi laaa makan di sini. Tak memang pun takpe, tetap dapat makan makanan sedap tanpa had selagi boleh makan.
LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Promosi pembelian awal (Early Bird) :
RM142nett Dewasa sehingga 28 Mac 2025.
Harga Biasa (Normal Price) :
RM168nett Dewasa
RM128nett Warga Emas
RM88nett Kanak-Kanak
Selera Gurindam Buffet Dinner
Amari Hotel Johor Bahru
Bermula dari : 2 - 30 Mac 2025
Dari jam : 6:30pm - 10:00pm
*Surau di tingkat 2
Setiap pembelian RM1,000 ke/atas, korang berpeluang memenangi cabutan bertuah 2 tiket (2 orang) menunaikan Umrah (terma & syarat)
Untuk tempahan hubungi ;
📞 +6016-776 8547 atau
WhatsApp link: wa.link/seleragurindamamarijohorbahru
📧 amaya.johorbahru@amari.com
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Mood harini betul-betul 'tersidai' hurmmmmmm ....
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.