DI SERANG BATUK SELEPAS HABIS MAJLIS PERKAHWINAN ANAK

DI SERANG BATUK SELEPAS HABIS MAJLIS PERKAHWINAN ANAK

Sis Lin
By -
1
DI SERANG BATUK SELEPAS HABIS MAJLIS PERKAHWINAN ANAK. Selesai aja majlis perkahwinan anak, waktu petang tu tekak Sis dah mula rasa tak selesa, suara pun macam dah sengau-sengau bunyinya, adik-adik pun tegur pesan suruh makan ubat bila dah balik rumah nanti. 

Biasalah bila buat majlis kahwin sehari ni, kalau tak demam, memang akan batuk atau selsema, adatlah kan, lagipun bukan selalu. 

Keadaan badan semua okay, takde rasa nak demam, tapi tekak aja yang rasa tak selesa tapi belum ada bunyi batuknya. Balik rumah mandi semua kasi segar badan, sapu minyak panas di betis dan tapak kaki, Sis rehat baring-baring sekejap, lepas Isyak sebelum tidur baru Sis telan panadol extend untuk elak dari demam keesokannya. alhamdulilah memang tak demam, tapi ...

Mee Siput buat selera tekak nak makan

Malam tu Sis di serang batuk-batuk, memang tak lena tidur, kejap-kejap bangun, memang tak selesa anak tekak ni. Turun amik air panas, makan ubat batuk pil yang Sis ada, sampaikan Suami tersedar, di sapunya minyak di belakang Sis. Kesian Suami sampai tersedar dia gara-gara batuk Sis, dia pun penat juga tu. 

Ada laa lega sekejap, tau-tau tertido, sampai bunyi azan Subuh datang batuk lagi. Ahad tu dah mulalah batuk dengan suara sengau. Keluar makan dengan anak-anak dan menantu pun, memang tak minum ais dah, minta Lemon panas jer, tapi still susah nak borak sebab kejp-kejap batuk. 

Semalam Sis keluar kejap singgah farmai beli ubat batuk lagi dan juga gula-gula Diflam untuk legakan tekak yang gatal ni. Bolehlah okay sikit tekak tu bila makan Difflam tu, tapi tetap juga batuk. Dan malam tadi, batuk mula menganas, sampai terkencing di buatnya batuk ni. Bangun malam siap bertukar alas tidur gara-gara tak selesa.

Di Serang Batuk Selepas Habis Majlis Perkahwinan Anak
Dari dulu memang tak boleh telan ubat batuk air

Suami bangun suruh Sis tidur sandar di kepala katil aja dulu, jangan baring, sebab bila baring, batuk tu menjadi-jadi.Seksa betul rasa. Dan melarat sampailah ke harini ni. Harini pun ada jemputan event bufet ramadan terpaksa Sis cancel sebab keadaan batuk yang semakin teruk ni, tak syok jumpa orang kita terbatuk-batuk. 

Esok sampai lusa pun masih ada jemputan bufet ramadan, inshaallah jika keadaan batuk ni okay, Sis akan hadir, maaf kepada mereka yang tak dapat Sis penuhi jemputannya. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Now sambil duduk kita marathon update posting ramadan yang lepas-lepas yang dah kita pergi makan. 

Korang ada ke tips nak hilangkan batuk ni? Batuk takde kahak, kering dan menyakitkan tekak. 


P/S : Nasiblah ada selera nak makan, kalau tak ... lagi seksa rasa. 
Tags:

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Gws, Lin. Banyak cipiki cipika tu, adalah tu terbawa virus. Semoga tiada yg memudaratkan, insyaAllah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!