Jangan lepaskan peluang korang untuk saksikan secara langsung pelbagai jenis layang-layang dan wau sebagaimana maklumat berikut:-
Tarikh : 12 hingga 16 Februari 2025
Tempat : Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor.
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 malam
Lebih daripada 40 buah negara akan terlibat mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 135 orang peserta antarabangsa serta lebih 400 orang peserta tempatan dari negeri dan kelab yang mengambil bahagian di peringkat kebangsaan.
Pelbagai acara menarik telah disusun termasuklah:-
• Pertandingan wau dan layang-layang peringkat Kebangsaan;
• Pertandingan dan persembahan oleh peserta Antarabangsa;
• Persembahan artis jemputan;
• Pertandingan Drone bercahaya;
• Gerai-gerai jualan;
• Gerai pameran;
dan banyak lagi..
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, bolehlah hubungi:-
Sektetariat Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2025 buat Kali Ke-27
Muzium Layang-Layang
Taman Bandar, Bandaraya Pasir Gudang, Johor
Jumpa korang di sana!
Muzium Layang-Layang
Taman Bandar, Bandaraya Pasir Gudang, Johor
Jumpa korang di sana!
P/S : Kalau cuaca baik, bolehlah bawa Cucu nanti ke sini.
Bolehlah jalan2 ke pasir gudang
ReplyDeletemesti meriah dengan pelbagai jenis layang-layang
ReplyDelete