IKAN BAWAL EMAS MASAK BERLADO

IKAN BAWAL EMAS MASAK BERLADO

1
IKAN BAWAL EMAS MASAK BERLADO. Semalam mood macam rajin tak rajin, malas tak berapa malas, entah laaa, bila dapat duduk rumah seharian, mood tu macam-macam pulak datang, boring pun ada. Ye laa bila dah beberapa hari keluar aja kan, so semalam rehat takde jemputan media, Sis rehat di rumah aja. Nak masak pun fikir, nak masak ke tak.

Layan Netflix sampai dua filem Tamil Sis tengok hahaha sambil makan biskut raya gift dari Sedap Corner, kemain sedap betul biskut dia. Lagi-lagi Biskut Sugee. Mood nak raya pun awal sampai ke tekak ekk bila makan biskut raya. 

Ikan Bawal Emas Masak Berlado
Minyak tu kena banyak kalau menumis berlado

Dah petang tu mood rajin pun sampai, Sis keluarkan ikan bawal emas dua keping juga sekor ikan merah untuk Suami, walau tak tau dia balik nak makan ke tak, Sis keluarkan aja laa dan goreng Ikan Merah untuk Suami. Untuk Sis, Sis masak Ikan Bawal Emas Berlado

Bila masak tak banyak ituu laa kan, sedap pulakkk makan hahahaha dah ler beberapa hari ni sekat makan nasi putih, kena lauk berlado ni, kemain sedap makan nasi, alaa kita orang Melayu, makan nasi je laa kan, dah memang makanan ruji, sesekali nak cut-off tu okay jerr.. 

Periuk Nasi Khind
Comel tak saya hehehe

Dan semalam merasmikan juga periuk nasi comel Sis yang kecil sekali hahahaha. Minta Suami belikan periuk nasi kecik untuk Sis dan Suami aja makan berdua. Yang sedia ada tu besar sangat rasa, yang nak makannya berdua. 

Sekali bukak kotak kat kedai tu, waaa color pink ko hahahaha,, dekat kotak tu color cokelat, dalam boleh pink pulak, tapi takpe, Sis suka aja hahaha.. ala-ala gegirl gituh kat dapo hahahaha

Masak satu pot, ngam laa makan untuk berbuka dan sahur nanti Sis dan Suami. Senang pun senang nak cuci berbanding periuk nasi lama tu. Surprise pulak Suami balik petang, tapi dia kata dah makan Mee Celup hahahah lambat tengok wahtsapp katanya. So malam baru Suami makan. 


P/S : Korang tu dah habis ganti puasa ke?

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cantik periuk nasi baru..pink lagi....ikan bawak emas goreng berlado..x pernah buat lagi tapi rasa nak buat la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top