LEPAK MINUM CENDOL DI LESONG by JOHARA BERSAMA NONA. Baru ni selepas balik dari makan bufet ramadan di Suasana Suites Cafe tu, Sis dan Nona juga adiknya pakat nak pi lepak di Lesong by Johara ni, kebetulan dalam satu bangunan yang sama jer.
Sis pertama kali masuk sini, dah berapa kali di ajak oleh kawan yang nak belanja makan di sini tapi tak nyempat-nyempat nak perginya. Nantilah lepas raya baru ada free nak pi lepak makan di sini. Malam tu kami hanya masuk duduk dan lepak minum Cendol dan Teh tarik aja hehehe.
Padahal kau baru mencekik bufet kan, tapi nak juga lepak layan air panas, macam kat sana tadi takde air panas hahahaha.. tapi agak menariklah Teh tarik sini, secawan RM5 tapi puashati uii, kaw gilerr rasa Ten Tarik dia. Nona pulak pi ordernya Cendol, macam nak bentak perut di buatnya. Last-last dia tapau bawa balik hahahaha,, degil.
Bayangkan ek, siang tu kami pergi makan KAW KAW All You Can Eat di Kenny Rogers Roaster, then petangnya makan pulak bufet ramadan di Suasana Suites Cafe tu, then lepas tu lepak minum Cendol dan Teh Tarik, kau ngase? Nasib baiklah kancing seluar tak tanggal hahahaha..
Tapi kami enjoy aja, walaupun beringat, tapi just enjoy jerr. Bukan senang nak keluar lepak dengan kawan macam ni. Tak payah nak judge kami ni yang suka makan dan lepak sana sini, better you shut-up dan buat kerja memasing. Annoying betul jenis yang suka kata kita ni 'buang masa'.
Janji Suami izinkan dan kita tau jaga diri, hanya Allah yang jaga kami dan memerhati. Ada batasnya juga, bukan sesukahati jer. Apa=apa pun thanks Nona yang selalu sudi menemani Sis. Dia ni kadang 'gila-gila' juga kepala, seronok layan dia ni hahaha.. Sis dah anggap macam anak Sis dah.
Moga adikmu baik-baik aja dan cepat sihat ya Nona, nanti dah sihat kita pergi makan lagi, sampaikan salam pada adikmu itu.
P/S : Korang nak beli keropok lekor ke baby keropok ke, boleh contact Nona. Sedap.
kenapa yang bawah tu menarik sangat nampaknya eh! sedap tak
ReplyDeleteYaa sedap, ada nangka juga dalam tu.. nanti kita lepak sini sama okayy
DeleteWoww.. I punya gambar dalamni!!! Hahahaha...
ReplyDeleteItu Cendol Oyen namanya. Shedap! Ngamm! Kami perut besor..bagi makan saka sekali 😅 Aamin doanya.. Thanks sis doa untuk adikku.. Nanti saya sampaikan salam!
Hehehehe moga bertemu jodohnya hahahaha
DeleteYaaa next time aku belanja ko pulak yaaa