MAKAN NASI PADANG DI NASI PADANG ON WHEELS SUBANG BESTARI. Suami Sis orangnya memang pengemar masakan minang, terutamanya Nasi Padang. Hampir tiap kali hujung minggu mesti akan hunting nasi padang, so macam mana Sis ko ni nak cut-off nasi? Takkan dia makan Sis nak nengok aja kan hahahaha..
Dan masa percutian keluarga ke Cameron Highlands baru ni, waktu sebelum balik ke Johor, anak Sis yang sulung bawa kami semua makan nasi padang di Nasi Padang On Wheels Nusantara di Subang Bestari. Sebab dekat dengan penginapan kami masa tu. Kemain sukalah Ayahnya tu dapat makan nasi padang.
Kami pertama kali ke sini, cantik restorannya dan sangat bersih. Staff pun ramah dan mesra kanak-kanak sebab masa tu bawa Cucu. Tempat pun tidak sempit, berhawa dingin dan juga selesa luas mata memandang. Susunan tempat lauk-pauk dan kaunter kuih-muih pun tidak menghalang kawasan, so selesa bila makan di sini.
Pelbagai masakan minang ada, dari masakan ikan, daging, organ binatang, sayur-sayuran, ayam, kentang dan bermacam-macam lagi masakan ada. Biasanya kalau makan nasi padang ni, lauk yang Suami amik mesti Daging Dendeng, Jering, Terung Berlado, Kentang Bilis, Sambal Hijau dan Merah juga masakan Urat.
Tapi tengok mood tekak juga masa tu, kadang nak ubah selera, amik lauk lain, ada masa, dua tiga kali pergi makan nasi padang, lauknya tetap sama juga di ambil hehehe..Kalau Sis, semestinya Ikan Talapia Berlado, Terung Berlado, Paru atau menu yang Sis rasa nak makan. Sampai penuh pinggan ek, nasi secoet hahahaha meratah jer lebih.
Tengok kuih-muih dia pun sedap-sedap belaka. Ada juga Bakso dan Soto. Macam anak sulung Sis, walau di ajak Ayahnya makan di nasi padang ni, tapi dia sendiri tak suka, so dia makan Soto. Kata anak Sis, dia jadi pening tengok lauk banyak, so taknak pening, dia makan Soto hahahaha..
Harga untuk makan di sini pun standard je makan di kedai makan luar. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah sangat. Berbaloilah dengan apa yang di makan. Cuma makanannya semua di ceduk oleh pekerjanya sahaja.
Padangs On Wheels Subang Bestari
Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5,
Subang Bestari, Shah Alam, Malaysia 40150
Order melalui WhatsApp 0187874988
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (7.30am - 7pm)
Isnin TUTUP
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Dah lama juga tak makan nasi padang sejak pi makan lauk raya ajer.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.