MAKAN TENGAHARI DI RUMAH CIK MAT GEBU

MAKAN TENGAHARI DI RUMAH CIK MAT GEBU

4
MAKAN TENGAHARI DI RUMAH CIK MAT GEBU. Alhamdulilah di beri pelung masa untuk pergi ke Sedenak menziarahi Mak Yah yakni Emaknya Cik Mat Gebu. Masa majlis perkahwinan anak Sis, sebelum tu Mat ada cakap nak datang, Sis tertunggu-tunggu juga tapi tak nampak bayangnya. Bila Sunah nak balik bersalam, katanya Cik Mat ada kirim, tak dapat datang sebab Mak Yah tak sihat. 

Sehari ke sehari nak ke sana tapi belum ada masa sesuai, Sis sibuk dengan jemputan buffet ramadan dan kebetulan juga tak berapa sihat di serang batuk selepas majlis perkahwinan anak tu. Tapi alhamdulilah baru ni di beri masa dan ruang, akhirnya dapat Sis ke Sedenak menziarahi Mak Yah sekali makan tengahari di rumah Cik Mat Gebu

Dulu dan kini tetap sama hiasannya, itulah Mat gebu

Sampai aja dah penuh hidangan atas meja, alhamdulilah

Berbelas-belas tahun bersabahabat dengan Cik Mat Gebu ni, dari anak bujang Sis darjah 4 hingga dan kahwin dah haaa, dah macam keluarga kami, walau jarang bertemu, tapi sentiasa dekat di hati dan bertanya khabar melalui wasap. 

Dan Sis pula dah takde orang tua, jadi Mak Yah ni antara orang tua yang Sis rapat, boleh borak, bergurau dan bercerita apa yang Sis rasa nak cerita. Baru ni berjumpa dengan Mak Yah, rasa macam meluah pada Emak sendiri, syukurlah Allah beri tumpang kasih sayang dengan seorang Ibu dan juga seorang Abang (Mat Gebu) kepada Sis, walau Mat Gebu tu sebaya je dengan Sis. 

Rasa macam orang kaya makan atas pinggan Noritake hihihi

Agar-Agar santan tu kegemaran Sis, sedap betui

Sampai rumahnya memang Mak Yah dah menunggu, ini kali Sis tak lambat hahahahaha.. hidangan atas meja pun penuh Mat sediakan, alahaii memang kalau ke rumahnya memang tak pernahnya balik lapar, ada jerr hidangan yang di sediakan. Dan kebetulan waktu lunch, so kami bertiga makan sama-sama. 

Cik mat Gebu masak, Daun Tempoyak, Rebung Lemak Udang, Taugeh Goreng, Ikan Rebus Goreng, Sambal Belacan, Telur Dadar juga beserta minuman petang ada Karipap Pusar, Agar-Agar Santan, Oren dan juga semestinya KopiO seteko hahahaha.. 

Mak Yah kini berusia 84 tahun

Kami makan bersama, makan sambil sembang, tipulah takde gosip kan tapi gosip isu semasa aja, lagi-lagi kalau Mak Yah bercerita, macam-macam cerita ada, suka Sis mendengarnya, kalau Mat kita memang borak apa lagi, kalau tak bab masak bulan ramadan dan juga biskut raya nanti, itu je laa.. tak lupa gak seisi membelek pinggan mangkuk dia, perghh memang tak ralit memandang, lagi-lagi set Noritake dia, cantikkkk.. 

Kebetulan hari Sis datang tu, petangnya nak ke jemputan bufet ramadan di Sedap Corner, so memang dah plan, lepas rumah Mat aja terus nak ke sana, itu yang datang dari sebelum Zuhur, duduk sampailah ke Asar, nak balik tapi di tahan-tahan oleh Mak Yah. Tak sampai hati pulak, duduk lagi borak. Katanya bukan selalu datang, setahun sekali jee huhuhu.. 

Takpe inshaallah ada rezeki sihat dan panjang umur, Lin datang lagi yaa Mak Yah. Moga Mak Yah di berikan kesihatan yang baik, di panjangkan umur, sihat selalu dan di permudahkan segala urusan dunia akhirat. Untuk ko Mat, moga Allah limpahkan segala rahmat dan rezeki kepada ko Mat. Terima kasih untuk persabahatan kita. Moga kita bersahabat hingga ke Syurga, aamiinn.. 


P/S : Tak sabarnya nak ramadan, nak masak masak huhuhu

Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Semuanya sedap di tekak orang kampung ni haaa hehehe

      Delete
  2. perghhh syoklah makan air tgn cik mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan nasi laa Wak, bukan makan air tangan hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top