MASA UNTUK BERISTERIREHAT MENYAMBUT RAMADAN. Alhamdulilah setelah hampir dua bulan ke sana ke sini memenuhi jemputan Media Preview Bufet Ramadan, dan semalam malam, adalah yang terakhir untuk tahun ini, yahuuuu.. masa untuk beristerirehat menyambut ramadan pula.
Diam-diam sekejap aja kan masa berlalu, tau-tau nak puasa, lepas tu tau-tau nak raya. Sis lihat pun sana sini dah mula juga kedai-kedai dan butik baju penuh dengan orang bersoping raya. Hujung minggu lepas Sis ke KACAX pun, meriah butik, rakyat Singapura yang ramai soping sampai heret bag besar okayy.
Buat masa ni Sis belum ada plan nak beli baju raya sebab baju raya Sis tahun ni adalah baju-baju yang Sis pakai masa anak bertunang, menikah dan bersanding. Sebab semuanya hanya pakai sekali sahaja. Tapi itulah tak boleh nak kata sebab Suami Sis tu suka last minit. Tiba-tiba kang ehh ada je mengajak beli baju raya, macam tahun lepas hahahaha..
![]() |
Bersama Siti Rohaida, Amirah & Hernee semalam |
Takpelah ada ke takde ke Sis tak kisah sebab memang dah ada bajunya, yang penting anak-anak balik beraya dan adik-adik semua pun akan ke sini berkampung di rumah Sis. Itu yang buat raya Sis meriah.
Start harini Sis dah takde jemputan media preview bufet ramadan, nanti time ramadan aja ada dua tiga jemputan tapi belum comfirm lagi Sis nak pergi ke tidak, rasa macam malas pulak nak ke event dan nak buat posting review bufet, nak puasa tenang-tenang aja huhuhu..
Cuma ramadan nanti Sis nak plan staycation dengan Suami untuk claim baucer beberapa hotel. Sayang pula tak guna nanti due date habis. Dapat baucer masa pergi bufet ramadan tu laa, rezeki kan. Yang macamtu best pergi sebab tak payah buat review. Boleh rehat-rehat stay dan makan dengan tenang hahahaha..
![]() |
Makan di Manzanita bersama Siti Rohaida semalam |
Persiapan ramadan pun esok ke lusa laa baru pergi nak belanja barang dapur. Walau makannya berdua je pun tapi Sis nak pastikan bila Sis nak masak, barang semua cukup. Time puasa memang malas nak keluar ke kedai ke Mall ke, memang tak laa.. sesilap bazar ramadan pun tak jejak lagi untuk tahun ni. Dah dua tahun tak ke bazar ramadan.
Nanti beli aja kuih frozen macam selalu. Arghhh tak sabarnya nak puasa ramadan kan. Tahun ni dapat masuk nama dalam Tadarus, alhamdulilah, start puasa kedua setiap jam 8am. Ramai kali ni, so cepatlah habisnya nanti. Inshallah moga Allah permudahkan semuanya.
So korang apa perancangan ramadan nanti? Balik kampung ke sambut ramadan?
P/S : Harini nak masak Sambal Sotong Katak .. dapnyaaaaa
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.