MENU BERBUKA PUASA 2025 : 'SET IFTAR RAMADAN' DI BARA STULANG JB. Bagi korang yang mencari tempat berbuka puasa makan beramai-ramai bersama keluarga, dan ingin makan secara ‘berdamai’ siap sedia hidang di atas meja, korang boleh datang berbuka puasa di Bara Stulang JB.
Jika tahun sebelum-sebelum ini mereka mengadakan bufet ramadan, so tahun ini mereka tidak ada bufet tapi mereka menyajikan Set Iftar Ramadan pula, yang sangat sesuai untuk korang yang nak makan secara berkumpulan sesama di meja.
![]() |
Femes Ikan Bakar Kayu arang di sini |
![]() |
Set Iftar SET B (4 Orang) |
Ada orang suka makan bufet, dan ada juga yang gemar makan berhidang, so ramadan kali ini mereka mengadakan Set Iftar Ramadan yang mana cukup sesuai bagi mereka yang tidak gemar makan bufet. Terdapat 5 set pilihan yang korang boleh pilih bergantung kepada jumlah ahli (pax) yang korang bawa makan.
Macam Sis baru ni, pergi mencubanya, Sis amik set B. Set B ni sesuai untuk 4 orang makan dan menu-menunya pun memang menu kesukaan Sis. Banyak pilihan menu yang di sediakan mengikut kesesuaian jumlah berapa orang korang datang makan atau mengikut kemampuan mana yang korang boleh makan.
Set B ni ada 8 menu termasuk nasi putih. Antara menunya ;
- Siakap Bakar Sambal Bara Style -
Di sini kalau korang nak tau femes dengan Ikan Bakar Kayu Arang, dan paling sedap, sambalnya tu. Korang kena cuba. Bagi Sis ini baru betul Ikan Bakar Sambal sebenar.
- Udang Salted Egg -
Apa je menu kalau masakannya salted egg, memang kegemaran Sis. Untuk menu ni Sis sangat sukakannya sampai habis meratah jilat sosnya di pinggan sudu hehehe..
- Sotong Papprik -
Sis memang tak berapa gemar masakan paprik, tak kira laa apa jenis paprik pun, so bila makan sotong paprik ni, bagi Sis biasa aja, tapi kawan Sis sukakannya. Sotongnya fresh
- Lala Buttermilk -
Okay yang ni serius sedap giler hokayyyy. Tak tau nak cakap macam mana rasa dia tu, dengan dia punya lala segar, sos buttermilk dia tu sedap sungguh. Korang kena cuba ni.
- Sayur Kailan Ikan Masin -
Walaupun nampak biasa je nyah, satu je nak cakap, sayur kailan dia segar, banyak daun dari batang, dan terasa ikan asin dalam masakan tu. Sesetengah tu, batang sayur lebih banyak tapi rasa, sos tiram jer. Tapi ini sedap.
- Tomyum Campur Merah -
- Telur Dadar Bawang -
- Nasi Putih (4 pinggan) -
Tomyum dia Sis puji sebab banyak seafood dalamnya, tak lokek rencah dan rempah, so memang muai makannya dan terasa betul kuah Tomyum merah dia tu.
Meriahkan menunya. Untuk set B ini harganya RM219, termasuk PERCUMA Mini Buffet yang mana di sediakan secara percuma ; Minuman Panas & Sejuk, Kurma, Kuih-Muih, Bubur Manis, Buah Potong, Ulam-Ulaman & Nasi Putih tambahan.
Memang sangat berbaloi! Puashati makan dan semuanya menyelerakan sekali Sis makan. Kalau tak cukup, korang boleh ADD-ON (tambah) menu.
![]() |
Set Pakej Bawa Pulang |
![]() |
Set Tapau Adinda |
![]() |
Set Tapau Kekanda |
Dan jika korang tak sempat berbuka puasa di sini, atau tak sempat nak memasak, mereka juga ada menawarkan Set Tapau. Ada 2 pilihan set Tapau yang di sediakan : Set Adinda & Set Kekanda (sweet sangat namanya kan). Dengan syarat, tempahan set Tapau mesti sebelum jam 5pm.
So korang apalagi, jom berbuka puasa di Bara Stulang JB dan nikmati keenekan rasa Ikan Bakar Kayu Arang mereka yang menjadi antara salah satu pilihan tempat makan best warga Johor & Singapura di sini. Korang juga boleh dapatkan ikan bakar dan sambalnya di booth Ikan Bakar Angsana sepanjang ramadan ini.
![]() |
Menu ala-carte (add-on) |
![]() |
Bersama media Blogger & Influencer Johor |
Kotlah lepas Tarawih lapar mencari makan, korang boleh datang, menu Ala-Carte (add-on) di sediakan di sini selepas jam 9pm. Kalau korang nak lihat pakej Set-Set lain yang di sediakan, korang bolehlah ke laman sosial Sis ni ya, semua Sis ada up menu-menu beserta pakej dan harga juga video suasana di Bara Stulang JB ni.
LEBIH BANYAK GAMBAR : facebook pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Set Iftar Ramadan
Restoran Bara Stulang JB
Bermula 3 Ramadan
Dari jam 7pm hingga 10pm
Waze: Restoran Bara Ikan Bakar
Maps: Bara Ikan Bakar
*Tempat Solat di sediakan
*Parking PERCUMA
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 016-402 0350 atau follow IG & FB mereka @barastulangjb .
Selamat menjamu selera 😋
P/S : Terasa-rasa kesedapan ikan bakar sambal dia, uishhhhh ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.