PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN. Ahlan Wasahlan Ya Ramadan, selamat datang bulan Ramadan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Tinggal beberapa hari sahaja lagi masuknya bulan Ramadan. Sudah bersediakah korang?.
Objektif kedatangan bulan ramadan adalah untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya.
Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.
Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadan akan datang.
Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan.
Apabila akhir Ramadan mereka menangis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadan pada tahun akan datang.
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting.
Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga.
Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadan supaya Ramadan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :
1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.
2. Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.
4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadan.

Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.
Kredit kepada Penulis : Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
P/S : Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna ....
Ramadan ni sedih, teringat 5 Ramadan tahun lepas bonda tercinta kembali ke rahmatullah.
ReplyDeleteKak sayu rasanya .. Al-fatehah buat bonda akak ..
DeleteThank you reminder nya kak. Memang lah, makin kesini yg kita perlu prepare utk ramadhan sebenernya fisik dan fokus utk ibadah kepada Allah. Semoga ramadhan kali ini bisa membuat kita benar2 meresapi makna dan bertaubat dari semua salah.
ReplyDeleteYaa Fanhy, kena bersiap fizikal dan rohani.. ramadan tak sama dengan kita puasa hari biasanya ..
DeleteSelamat Datang Ramadhan, tidak sabar nak sambut kehadirannya.
ReplyDeleteSalam ramadan dan selamat berpuasa buat Cha ..
Delete