SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADAN BUAT SEMUA. Ramadan kini telah tiba. Saat yang dinanti-nantikan, bulan ibadah yang penuh barakah. Semoga Ramadan kali ini disambut dengan baik oleh kita semua. Mulakan dengan menghapuskan dendam, sucikan hati, dan luruskan niat.
Di antara kebaikannya ialah Ramadan merupakan bulan keberkatan. Berkat membawa maksud bahagia, beruntung dan berkembang. Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikan berkat sebagai wujudnya kebaikan ilahi di dalam sesuatu. Mencari berkat dapat disimpulkan mencari redha dan kebaikan daripada Allah SWT dalam melakukan amal kebajikan sehingga menghasilkan keberkatan.
Berkat diperolehi melalui amal ibadah yang bertepatan dengan perintah agama dan dilakukan semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Walaupun ibadat puasa membawa maksud lapar dan dahaga tetapi dengan pelaksanaanya yang ikhlas kerana Allah SWT, maka mudah-mudahan akan membawa berkat dengan mewujudkan sifat takwa dalam diri.
Di samping itu, bulan Ramadan merupakan bulan keampunan. Apatah lagi bulan yang disediakan malam Lailatur Qadar.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat 'ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan, pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat 'ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan, diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan, diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatmu, oh, Tuhanku, ku tempuh jua
Ketika matahari terbit, tanda nafsu harus ditahan. Ketika matahari terbenam, tanda pelepas dahaga dan juga lapar. Jalani ibadah puasa dengan sepenuh hati, agar kelak amal tidak disesali.
UPDATE : Umat Islam mula berpuasa pada Ahad 2 Mac 2025M bersamaan dengan 1 Ramadan 1446H.
P/S : Selamat berpuasa dan salam ramadan buat semua ❤
selamat berpuasa sis, semoga di bulan ini diberikan kesihatan dan kekuatan melakukan ibadah.
ReplyDelete