SETELAH SEMINGGU BEREHAT tidak keluar ke mana-mana selepas majlis kahwin anak minggu lepas, dan Sis pula di serang batuk-batuk, itu pun ada juga jemputan terpaksa Sis tolak sebab batuk. Batuk dah okay, kelmarin dan semalam dapat juga Sis penuhi jemputan media preview bufet ramadan hotel di Johor ni.
Kalau tengok jadual memang full padat sampai hujung bulan Februari tapi tidaklah semua yang Sis pergi, mana sempat dan Sis mampu nak pergi, Sis pergi. Bukanlah kita memilih, cuma kadang ada date tu bertindih satu sama lain, dah jadi serba salah di buatnya nak ke mana. Siapa invite dulu, kita pergilah.
Yang korang nampak kemain lagi Sis ni ke sana sini makan, tapi realitinya untuk diri sendiri, Sis lebih seronok nak pergi tu sebab nak jumpa kawan-kawan dan sembang bersama mereka.
![]() |
Bersama KOL/Influencer Johor dan Singapura |
Makan tu memang laaa makan, bohong pulak kata tak makan kan. Tapi sejak dah berumur ni, makan pun dah tak beriyerr macam dulu. Kalau dulu pantang nampak Kambing Golek mesti nak terjah dulu, sekarang.... nampak pun dah tak herann hahahaha..
Nak kata menjaga pemakanan sangat tu tidak, tapi more kepada ikut selera je sekarang. Ada selera nak makan, Sis makan, takde selera, kita makan apa yang menyelerakan aja, sekadar buat alas perut, dah lerr ada Gerd kan, kang tak makan, naya pulak masuk angin..
![]() |
Bersama Yayayiyo, Bella Munir dan Suzie |
Sejak anak lelaki Sis dah berkahwin, rumah dah takde sapa nak makan, dapur dah lama tak berasap, kalau masak pun, rebus telur untuk Sis dan masakkan untuk Suami aja. Kadang jadi sedih masuk dapur, sebab fikirkan kemeriahan masak dan makan bersama anak-anak macam dulu, kini sepi sunyi.
Teringin nak masak macam dulu-dulu tapi nanti siapa pulak nak makannya, tu sebab selagi ada jemputan media preview bufet ramadan ni, Sis penuhi aja laa sekadar untuk memenuhi masa kosong Sis. Di rumah layan Netflix aja, kelas mengaji online Sis pun bukan hari-hari, seminggu hanya 3 kali sahaja, so memang banyak masa terluang.
![]() |
Bersama team Visit Johor dan Serene |
Lain orang lain laa gaya hidupnya, korang jangan nak bandingkan Sis dengan orang lain atau dengan korang sendiri. Hidup memasing, urus masa tu memasing punya kehidupan laa, ada orang hobinya lain, lebih suka duduk rumah, tapi Sis.. duduk rumah boleh jerr tapi tak boleh terus menerus, jadi serabut stress nanti, tiba nanti macam-macam dalam fikiran lalu lintas.
Nak elak sakit mental, kita kena laa keluar dan cari ruang untuk diri sendiri. Syukurlah Sis tergolong dalam bidang media begini, so ramai dapat jumpa kengkawan tiap kali pergi event, walau kadang kawan tu orang yang sama jerrr selalu jumpa, tapi Sis happy..
Now tengah marathon update satu persatu posting promosi bufet ramadan sekitar Johor ni. Kalau korang sedang mencari tempat makan best di Johor untuk berbuka puasa, bolehlah nanti klik di Label sebelah kanan #bufetramadan tu okayyy..
Nak mahal ke, nak murah ke ..
Pilihan di tangan korang ..
P/S : Harini duduk rumah nak layan Netfliz filem Tamil..
Masak makan 2 orang je tak seronok kan sis. Pergi review food pun tak semua kena tekak.
ReplyDelete