MAKAN NASI PADANG MENU BERBUKA PUASA BERSAMA SUAMI

MAKAN NASI PADANG MENU BERBUKA PUASA BERSAMA SUAMI

1
MAKAN NASI PADANG MENU BERBUKA PUASA BERSAMA SUAMI. Kalau bukan bulan ramadan, aktiviti hujung minggu Sis dan Suami pasti pi hunting Nasi Padang. Memang itulah makanan kegemaran kami berdua. Dengan aneka menu masakan minang, lagi-lagi kalau rendang ayam kampung/tua mereka, juga jering masak minang mereka, perghh sedap betul. 

Baru ni tiba-tiba Suami kata, 'Jom makan nasi padang'. Kebetulan hanya kami berdua aja berbuka sama. Sis okay jer tapi time bulan puasa ni macam mana mereka jual ek? Mestilah dah tersedia dari tengahari then orang datang bungkus, so nanti time berbuka Sis takut dah takde lauk sangat, tu jerr Sis risaukan. 

Makan Nasi Padang Menu Berbuka Puasa Bersama Suami

Tapi takpe kita cuba kata Suami, kalau dah takde lauk sangat, kita buka aja tempat lain. Port pertama yang kami tuju tentunya Nasi Padang Minang Kampung Melayu Majidee tu. Situ memang banyak pilihan lauk-pauk masakan padang. Jam 6pm kami keluar ..

Sampai di Kampung Melayu depan Pasar tu, makk aiiii jemm dia kemain melekattt, sebab ada bazar ramadan kiri kanan jalan semua. Kereta banyak dan yang park tepi jalan menunggu pun banyak. Macam mana nak parking benti makan ni. Kedainya Sis nampak buka dan ada lauk-pauk tapi nak cari parking tu adeii.. 

Makan Nasi Padang Menu Berbuka Puasa Bersama Suami

Dari hujung pasar sampai ke hujung Mesjid Kampung Melayu takde parking kosong, macam mana nak stop. Nak pusing balik pun dah tak boleh, lagi naya sangkut jem. Last-last Suami kata kita ke Nasi Padang area Bomba Larkin tu (lupa namanya). 

Sampai situ dah jam 6.30pm lebih sikit. Suami turun tengok lauk-pauk semua okay, so kami makan di sini aja laa, lagipun dah dekat nak berbuka, so kami makan ajalah situ. Sis amik lauk Sayur Nangka, Paru Goreng, Urap Taugeh, dan kemudian Suami boleh cedukkan seketul Ikan pari ke pinggan Sis adeiii banyak sangat lauknya .. 

Makan Nasi Padang Menu Berbuka Puasa Bersama Suami

Suami lauk dia apalagi, selain babat dia tu, juga daging dendeng. Suka makan sini sebab sambal-sambal dia semua sedap. Sis amik kuih-muih dia, tapi tak sangka, sedap betul kuihnya, rasa puas makan kuih melayu camni, sedap betul.. 

Sebab kami order air buah tembikai, jadi total makan kami RM54 hahahahaha.. Lepas berbuka Suami ajak ronda ke Bazar Pandan, jalan-jalan cuti mata tapi terbeli gak dua helai tudung hahaha. Balik dari Bazar Suami ajak pulak singgah ngopi di kedai makan area rumah Sis pekena KopiO. 

Puas dapat minum kopiO ais. Kenyang perut seharian, alhamdulilah .. 


P/S : Makin hari takde idea nak update apa, balik-balik cerita makan hahahaha ..

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top