MENU BERBUKA PUASA HARI SABTU 7 RAMADAN. Harini Isnin agak sendu nak bukak blog, nak update pun rasa malasnya, entah laa tiber takde mood. Mood terbang ke mana entah, fikiran melayang fikir macam-macam, tapi entah fikir apa, nak cerita pun takde sorang yang boleh faham.
Tapi mood ni tak boleh di layan, kang semua benda tak menjadi. Lagi time puasa ni, kurang pahala nak fikir masaalah yang buat mulut ni nak memaki. Okaylah, buang mood tu, harini dah ada menu nak masak, so kita santai-santai jer buat masa ni, bukak sat laa blog update menu berbuka puasa hari Sabtu 7 ramadan baru ni.
Sabtu ahad baru ni, anak lelaki dan menantu perempuan Sis balik rumah Sis, dan ini pertama kali laa kami berbuka puasa sama. Sis ajak Yana sekali berbuka sama, so meriahlah rumah Sabtu tu, lagi keletah Cucu dengan Datuknya, kemain happy aktif dia. Tak habis-habis buli bermain dengan Datuknya.
Sis masak menu kegematan anak-anak dan juga menantu. Untuk Suami tu Sis dan dia tak kisah, makan je laa apa yang ada, janji anak-anak happy dapat makan menu kesukaan mereka. Sis masak Sambal Udang, Sambal Telur, Lemak Sayur Labu, Ayam Goreng Berempah, Ikan Asin, Sis beli Botok-Botok juga, dan ada sekeping ikan parang asam rebus baki lauk semalamnya.
Sambal Udang tu tak berapa banyak udangnya yang ada, so Sis rebuskan telur dan godakkan dengan sambal yang sama tu, jadi dapat dua menu berbeza tapi sambal rasa yang sama hehehe. Lemak Sayur Labu tu memang kegemaran anak lelaki Sis, memang ngam laa makan dengan sambal kan.
Then menantu Sis pun ada bawa Puding Sago dan juga buat Kek Coklat. Dia kalau datang memang tak pernahnya tangan kosong, ada jerr di bawa dan di masak. Alhamdulilah laaa Sis dapat menantu perempuan pandai masak dan rajin mengemas dapur, dia je laa yang tukang kemas dapur selesai makan semua, syukur kepada Allah.
Malamnya yang lelaki semua pergi Tarawih, kami perempuan buat di rumah aja. Balik dari Tarawih memasing sambung lagi makan dessert yang ada. Kebetulan pula Nona nak datang, Sis suruh dia datang amik hadiah dia dan ajak makan kek sekali, sebab Sabtu tu besday dia, rezeki dia laa dapat makan kek masakan menantu Sis.
Sambil tu kami menonton filem Tamil Netflix, borak-borak anak beranak, dekat hampir jam dua belas baru semua balik. Yana tak tidur rumah, menangis Cucu nak balik sebab nak main dengan Datuknya alahaii. Lambat memasing tidur, sambung tengok TV, esok nak banyun Sahur, Sis malas nak tunggu, Sis tidur dulu.
P/S : Harini nak goreng Kue Teow Kicap jer, dah seminggu makan nasi ajaa huhuhu ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.