SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H/2025M

SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H/2025M

0
SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H/2025M. Hari ini 18 Mac 2025 bersamaan 17 Ramadan, merupakan hari Nuzul Al-Quran, di mana merupakan hari turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat (23 tahun) menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Salam Nuzul Al-Quran 1446H/2025M

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Nuzul Quran terjadi pada malam Isnin, 24 Ramadan, bersamaan 13 Ogos 610M. 

Salam Nuzul Al-Quran 1446H/2025M

Cemburunya Sis melihat mereka yang dapat Khatam Al-Quran di bulan ramadan ni. Untuk diri sendiri jujurnya baru 2 kali Sis khatam Al-Quran (Tadarus - berguru) sepanjang hidup. Kalau baca sendiri tu, ada laa 2 kali juga khatam. Now sedang belajar Tadabbur pula untuk habiskan sehingga khatam, inshaallah. 

Semoga kita semua mengambil teladan dan sama-sama menghayati daripada kisah Nuzul Quran ini. Wallahu A’alam.


P/S : Bila lagu raya berkumandang, makin ke-laut mood nak raya ermmmm .. 
Tags

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top