SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI. Beli lagi sambal belacan. Sebelum ni Sis ada beli Sambal Belacan TikTok brand BOSSbrother, memang padu habis! Dah dua kali beli, tapi kali ni Sis cuba pulak Sambal Belacan Limau Kasturi.
Limau Kasturi tu tak tau laa sebab rasa limau ke apa ke, Sis belum cuba lagi, baru sampai pagi tadi. Tapi ketiga-tiga tu adalah sambal belacan. Mungkin berlainan rasa barangkali. Sebab seller ni memang jual 3 botol tu RM10 sahaja.
Takde pilihan, beli RM10 dapat 3 botol, free shipping pulak tu masa Sis beli, rezeki ramadan. Sis rasa kalau hijau tu rasa smabal hijau kor, yang agak gelap tu rasa belacan piaw, dan yabg cerah sikit, rasa macam sambal lada, agaknya laa..
Nanti esok kita cuba yaa buat makan berbuka. Sis ni ‘hantu’ sambal belacan, kalau takde sambal belacan, rasa lain makan berbuka. Bukan malas nak membuatnya, tapi tak rajin, lagi satu sebab makan sorang, so beli jer senang!.
Sambil membeli, kita bantu seller buat jualan. Sedap tak sedap pilihan, sedap kita beli lagi, tak sedap, cukuplah sekali.
P/S : Bahang ramadan kian terasa ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.