SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA. Harini 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia. Yaa satu dunia meraikannya. Tapi hanya wanita asli sahaja laa, yang pura-pura jadi wanita tu, tak masuk dalam katagori ya, harap maklum ha³ ..
Ada ayat kata, harini kena raikan, so rehat, biar orang lelaki buat. Gelak jin Sis ko bacanya. Nak rehat katanya, belum habis sahur dah tanya ‘harini nak masak apa buka puasa?’, ko ngase?.
Alaaa hari wanita ke hari lelaki ke (eh ada ke?), bagi Sis sama jer, harinya aja istimewa tapi rutin harian tetap macam biasa. Kecuali laaa time hari wanita tu, hari Suami bekerja atau Suami kerja luar ke, haa bolehlah gantung kuali then keluar manjakan diri, kan!.
Ini harini hari Sabtu, Suami tak kerja, so takde la nak rehat-rehat ke atau nak keluar me-time, kepala ni dah mula fikir nak masak apa uii. Kebetulan plak harini anak-anak semua nak datang sini berbuka sama. Tu pun dah cukup syukur dapat berkumpul ramai-ramai harini.
Menu harini nak masak Sambal Udang, Lemak Sayur Labu, Ayam Goreng. Nanti boleh goreng ikan asin, telur masak kicap dan Suami ada beli buah tembikai, kita nak buat Jus Tembikai. Alhamdulilah..
Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua! Ingat, jadi wanita jangan lembik sangat, sebab zaman sekarang ni, wanita pun aniaya wanita, ramai penyondol memerhati, so jiwa kena kental, kita lawan emosi! kalau (dia) berani ke depan, kita kasi viral muka dia! Hahahaha
P/S : Happy Birthday juga buat sahabatku,Nona!.
Happy birthday Nona
ReplyDeleteThanks Wak mewakili Nona hahaha
Delete