TADABBUR DAN TILAWAH MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADAN?

TADABBUR DAN TILAWAH MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADAN?

1
TADABBUR DAN TILAWAH MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADAN?. Secara asasnya, tadabbur adalah lebih utama dan lebih penting berbanding memperbanyakkan tilawah al-Quran kerana ia merupakan tujuan al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

Walau bagaimanapun, di bulan Ramadan ini kita disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran kerana fadilat yang ada di dalamnya sepertimana yang disebutkan Ibn Rajab al-Hambali. Begitu juga dapat dilihat pada amalan golongan salaf yang menumpukan kepada memperbanyakkan khatam al-Quran di bulan Ramadan berbanding tadabbur.

Tadabbur Dan Tilawah Mana Lebih Utama Dalam Bulan Ramadan

Berkaitan persoalan ini juga, Ibn Qayyim al-Jawziah menyebutkan khilaf dalam perkara ini kepada dua pandangan :

Pandangan Pertama

Pandangan Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas bahawa membaca al-Quran dengan tartil dan tadabbur walaupun sedikit bacaannya adalah lebih afdal berbanding membaca al-Quran dengan laju dan banyak bacaannya. Ini kerana tujuan penurunan al-Quran adalah untuk difahami, dipelajari dan ditadabbur ayat-ayatnya. Adapun membaca dan menghafalnya adalah salah satu cara untuk sampai kepada tujuan tersebut iaitu untuk mengetahui makna-maknanya. 

Pandangan Kedua

Pandangan daripada para ulama mazhab al-Syafie bahawa bacaan yang banyak lebih afdalberdasarkan hadis Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah maka dia mendapat pahala dan digandakan pahala tersebut sepuluh kali ganda. Aku tidak katakan ‘الم’ satu huruf, namun ‘ا’ satu huruf, ‘Ù„’ satu huruf dan ‘Ù…’ satu huruf.” Hadis sahih riwayat al-Tirmidzi.

Tadabbur Dan Tilawah Mana Lebih Utama Dalam Bulan Ramadan

Di sisi Ibn Qayyim, pandangan yang benar baginya ialah pahala membaca al-Quran secara tartil dan tadabbur adalah lebih besar dan tinggi darjatnya, manakala pahala membaca al-Quran dengan bacaan yang banyak adalah lebih banyak pahalanya.

Apa yang dapat disarankan dalam hal ini pada bulan-bulan biasa ialah seseorang boleh membahagikan bacaannya dalam sehari kepada dua iaitu; pertama, bacaan untuk tadabbur yang mengambil masa yang lama untuk khatam dan kedua bacaan untuk khatam. 

Hal ini supaya kita mendapat menghimpunkan kedua-dua kebaikan iaitu pahala tadabbur dan pahala banyak membaca al-Quran.

Tadabbur Dan Tilawah Mana Lebih Utama Dalam Bulan Ramadan

Namun begitu, jika seseorang berada dalam masa atau tempat yang afdal seperti di bulan Ramadan atau di kota suci Mekah, maka disunatkan baginya untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran untuk mengambil peluang fadilatnya. 

Begitu juga dapat dilihat pada amalan golongan salaf yang menumpukan kepada memperbanyakkan khatam al-Quran di bulan Ramadan berbanding tadabbur.

Wallahua’lam..


P/S : Moga bermanfaat buat mereka yang bertanya dan tertanya-tanya .. 
Tags

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih, banyak cara kita boleh ambil faedah dari Al-Quran. Kalau boleh semak bacaan dengan yang lebih baik bacaannya juga sunnah kerana nabi saw menyemak bacaan dengan Jibril di bulan Ramadan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top