TEMAN ANAK BELI BAJU KURTA DI BUTIK KACAX. Salam ramadan buat korang semua, puasa tak harini? Hihihi. Moga kita di berikan kesihatan yang baik untuk jalani puasa sepanjang hari dan hari-hari seterusnya selama sebulan, inshaallah.
Korang dah ada plan ke nak cari baju raya? Walaupun baru sehari berpuasa tapi ramai yang dah berpusu-pusu mencari baju raya sana sini. Baru ni Sis ke UDA Business Centre (UBC) teman anak lelaki Sis cari baju kurta, mashaallah kemain ramai orang, dah macam nak raya.
Vibes raya tu datang awal okay, mungkin sebab orang malas nak berasak time puasa, so memasing plan beli baju raya awal. So kalau korang masih mencari mana nak cri baju raya untuk Suami atau anak lelaki, korang boleh singgah ke Butik KACAX di UBC ni.
Memang tiap tahun Sis akan ke sini membeli baju kurta untuk anak lelaki. Tahun lepas beli baju melayu untuk Cucu Sis. Cuma Suami Sis aja tak berapa gemar memakai kurta. Di sini mereka menyediakan kurta siap pakai pelbagai design dan terdapat 10 color bagi setiap design yang pastinya membuat si pemakai bertambah KACAX di hari raya.
Bukan sahaja kurta malah baju melayu sedondon juga ada tersedia. Pelbagai warna dan material kainnya sangat berkualiti. Cucu Sis pakai tahun lepas pun sangat selesa, kainnya serap peluh dan budak kalau pakai tak merengsa.
Antara sebab menjadi pilihan Sis setiap tahun ;
- Banyak Pilihan Warna
- Pilihan Size dari kanak-kanak hingga dewasa (Oversized)
- Pilihan baju Melayu Cekak Musang & Teluk Belanga
- Kurta dan Kemeja pun ada
- Design plain atau bercorak pun banyak pilihan.
- Kualiti kain yang tidak panas
- Harga yang berpatutan
- Diskaun & hadiah perayaan
Agar tak kalut last minit mencari baju raya, korang datanglah ke KACAX. Bukan takat baju aja ada, sampin songket, butang baju, kerongsang, semua pun ada. Staff yang ada pun melayan dengan servis baik sekali. Mereka sangat membantu dalam pemilihan size dan warna.
Korang juga jangan risau, dalam butik KACAX ni mesra keluarga, so kalau korang datang bawa family, sementara menunggu tu ada tempat menunggu di sediakan. Bilik persalinan untuk mencuba pun ada di sediakan.
Untuk tahun ini, jika korang berbelanja RM50 dalam satu resit, korang berpeluang memenangi sebuah motor RXZ. Sis sampai baca poster dia dua tIga kali nak comfirmkan, betul ke beli baju, boleh dapat motor ni? Hahaha.. Syarat penyertaan pun mudah, korang hanya beli RM50, kemudian scan, dan isi butiran yang diperlukan, kemudian submit.
Tarikh penyertaan sudah pun bermula dan akan berakhir sehingga 31 Julai 2025. Dan paling bestnya, korang boleh hantar lebih dari satu penyertaan, so kenalah beli banyak-banyak helai ya hehehe. keputusan akan di umumkan selepas 4 minggu dari tarikh akhir penyertaan. Mana tau rezeki korang kan.
Untuk musim raya ni, korang boleh datang walk-in ke booth di Plaza Angsana juga di booth B5 Market dan di @mart Kempas. So apalagi, jom singgah, cuba dan rasai kelainannya semasa memakai baju KACAX. Kemain happy anak lelaki Sis bila dah dapat beli kurta dari Butik KACAX ni, katanya dah tak kalut dah. Pilihan dia kurta 'oversized'.
Beli awal senang nak matching-matching, nanti kalau lambat, jangan kata warna, size pun takde nanti.
Lokasi Butik Kacax
Uda Business Centre (UBC)
No. 24, Jalan Padi Emas 1/4,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Buka dari jam : 10.00am - 7.00pm
Plaza Angsana ;
Lokasi Butik & Booth Kacax
Butik KACAX , Level 3
Booth KACAX Level 2
Buka dari jam : 10.00am - 10.00pm
Korang juga boleh beli secara online
KACAX "Ultimate difference" ; Lambang jejaka terpaling unik.
Gaya Terpalinggg KACAX!
P/S : Rancak lagu raya sana sini kedengaran dah kan.. hahahaha
Senang beli awal sislin. Risau nak pakai sedondon tapi saiz takde..
ReplyDeleteSemakin kacak Amat pakai baju kacax.
ReplyDelete