16 APRIL : SELAMAT HARI LAHIR AMAT!

16 APRIL : SELAMAT HARI LAHIR AMAT!

3
16 APRIL : SELAMAT HARI LAHIR AMAT!. Harini hari lahir anak lelaki Sis yang bongsu yang ke 25 tahun. Tahun ni tahun pertama laa dia sambut birthday dia bersama isterinya. Baru 3 bulan kawin gituh. 

Masa pantas berlalu, kejap sangat anak-anak membesar. Kalau duduk berbual dengan Suami Sis mengenai hal anak, memang jiwa ni hati tisu sangat, mesti menangis terkenangkan saat-saat mereka semua masih kecil. 

Pelbagai cerita Susah senang kami membesarkan anak-anak. 

16 April : Selamat Hari Lahir Amat!
Harta dunia akhirat

Sis seorang isteri yang 100% urus anak. Dari mula hantar ke Tabika, ke sekolah rendah, sekolah menengah, malamnya mengaji dan tuisyen. Hujung minggunya aktiviti Ko-Ko dan termasuk hantar anak ke mesjid solat Jumaat, semua Sis urus. 

Tiada istilah penat tapi bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab ini sepenuh masa. Ada orang nak jadi macam Sis (duduk runah) tapi jujurnya Sis tak pernah rasa nak jadi orang lain (bekerja). Sebab diri sendiri pun tak sempurna mana. 

16 April : Selamat Hari Lahir Amat!
Mak sayang Amat!

Susah senang bersama meniti hari tua dengan Suami, sudah cukup bermakna bagi Sis. Tapi sejak anak lelaki Sis kawin ni, rasa sepi betul, rasa ‘kehilangan’ sangat sebab dia paling lama dengan Sis di rumah. Semua kami kongsi bersama. 

Tapi taknak laa terbawa-bawa sedih tu, doakan anak bahagia bersama pasangannya sudah cukup. 

Selamat Hari Lahir Amat!. Mak sentiasa doakan kebahagiaan dan kesihatan Amat baik-baik aja. Murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. 

Mak takkan pernah kurang walau sikit pun kasih sayang pada Amat tau! Mak sayang Amat hingga hujung nyawa Mak ❤️ .. 


P/S : Sedang susun jadual untuk jemputan kawin/openhouse minggu ni, fuhhhh 

إرسال تعليق

3 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sebak plak baca entry ni...macam ni la SA agaknya bila Dania dah disunting orang nanti kan....aduhaiii....Selamat Hari Lahir Amat

    ردحذف
  2. Alhamdulillah...Selamat Hari Lahir Amat. Semoga Allah makbulkan segala doa-doanya. Aamiin...

    Sebak betul baca. Memang terasa sungguh bila orang yang lama duduk dengan kita dah tak duduk bersama. Semoga baik-baik je semuanya.

    ردحذف
  3. alhamdulillah untuk apa yang telah tertulis..
    ibu bekerja @ ibu surirumah...masing2 ada kelebihan dan kekurangannya..

    happy belated birthday Amat

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top