JALAN-JALAN TENGOK WAYANG DAN JALAN-JALAN MAKAN KETAM. Hujung minggu baru ni tengah sarapan Suami sebut, ‘Jom tengok wayang cite Shanaz (Blood Brothers) tu, ajak Adik(Yana) sekali’. Ehhh tiber ekkk.
Bukannya apa, biasa kalau last minit ni mana ada tiket, sebab malam Jumaat tu Sis dan Suami kononnya nak tengok wayang midnight ajak sepupu tapi full semua panggung!.
![]() |
Good Boy Cucu Nenek! |
Bila Sis bagitau Yana Ayahnya ajak tengok wayang, Yana terus check tiket, alhamdulilah ada kosong di GSC AEON Bandar Dato On, tu pun BIG Screen punya hall, okkaylah janji ada.
Tiket petang, tapi kami keluar awal lepak minum kopi dulu sebelum tayangan. Berdoa juga memasing supaya Cucu dapat masuk dan tak buat hal (bising). Alhamdulilah dapat masuk.
![]() |
Cucu teruja dengan kasut lip lap dia |
Tak silap now peraturan wayang dah tak bole masuk budak bawah 12tahun tengok cerita ni. Ramai komplen budak bising menganggu orang juga aksi dan bahasa ganas dalam filem tu. Betullah tu maki hamun dalam filem ni direct terus okk!.
Cucu Sis dari awal masuk sampai habis filem Blood Brothers tu dia diam gitu. Teruja barangkali dengan bunyi dan aksi lawan. Sesekali dia tak selesa gak sebab kuat sangat bunyi, Yana bagi handphone bukak Blippi, diam terus hihihi.
![]() |
Puashati makan! Ketam Masak Butter |
Selesai wayang, solat Maghrib dulu kemudian Suami bawa makan ketam di Restoran Todak Kampung Orang Asli. Memang Sis cakap lama tak makan ketam, tak sangka Suami bawa makan ketam malam tu.
Order juga; Udang Kari Indonesia, Ikan Stim Hong Kong, Sotong Goreng, Siput Gonggong, Kailan Asin, juga Mantao Bun 4 biji. Tapi menu utamanya Ketam Masak Butter, sedap giler!!. Puas makan, alhamdulilah..
Terima kasih Suami ..
P/S : Sis bagi 10⭐️ untuk Filem Blood Brothers tu, rasa macam nak tengok lagi jer!!. Best gilerr..
anak linda yang sulung pun ajak tengok...tapi risau adik2 tak boleh lepas masuk
ReplyDeleteSuami SA x sporting...nak tunggu masuk Netflix...dia x suka tgok film melayu kat panggung...lerr...sesekali orang nak belanaja pun x nak...sedapnya ketam tu...eh..nak ajak suami pi sini la..
ReplyDeletesedap tgk ketam tu
ReplyDelete