JALAN-JALAN TENGOK WAYANG DAN JALAN-JALAN MAKAN KETAM

JALAN-JALAN TENGOK WAYANG DAN JALAN-JALAN MAKAN KETAM

8
JALAN-JALAN TENGOK WAYANG DAN JALAN-JALAN MAKAN KETAM. Hujung minggu baru ni tengah sarapan Suami sebut, ‘Jom tengok wayang cite Shanaz (Blood Brothers) tu, ajak Adik(Yana) sekali’. Ehhh tiber ekkk. 

Bukannya apa, biasa kalau last minit ni mana ada tiket, sebab malam Jumaat tu Sis dan Suami kononnya nak tengok wayang midnight ajak sepupu tapi full semua panggung!. 

Jalan-Jalan Tengok Wayang Dan Jalan-Jalan Makan Ketam
Good Boy Cucu Nenek!

Bila Sis bagitau Yana Ayahnya ajak tengok wayang, Yana terus check tiket, alhamdulilah ada kosong di GSC AEON Bandar Dato On, tu pun BIG Screen punya hall, okkaylah janji ada. 

Tiket petang, tapi kami keluar awal lepak minum kopi dulu sebelum tayangan. Berdoa juga memasing supaya Cucu dapat masuk dan tak buat hal (bising). Alhamdulilah dapat masuk. 

Jalan-Jalan Tengok Wayang Dan Jalan-Jalan Makan Ketam
Cucu teruja dengan kasut lip lap dia

Tak silap now peraturan wayang dah tak bole masuk budak bawah 12tahun tengok cerita ni. Ramai komplen budak bising menganggu orang juga aksi dan bahasa ganas dalam filem tu. Betullah tu maki hamun dalam filem ni direct terus okk!.

Cucu Sis dari awal masuk sampai habis filem Blood Brothers tu dia diam gitu. Teruja barangkali dengan bunyi dan aksi lawan. Sesekali dia tak selesa gak sebab kuat sangat bunyi, Yana bagi handphone bukak Blippi, diam terus hihihi. 

Jalan-Jalan Tengok Wayang Dan Jalan-Jalan Makan Ketam
Puashati makan! Ketam Masak Butter

Selesai wayang, solat Maghrib dulu kemudian Suami bawa makan ketam di Restoran Todak Kampung Orang Asli. Memang Sis cakap lama tak makan ketam, tak sangka Suami bawa makan ketam malam tu. 

Order juga; Udang Kari Indonesia, Ikan Stim Hong Kong, Sotong Goreng, Siput Gonggong, Kailan Asin, juga Mantao Bun 4 biji. Tapi menu utamanya Ketam Masak Butter, sedap giler!!. Puas makan, alhamdulilah..

Terima kasih Suami .. 


P/S : Sis bagi 10⭐️ untuk Filem Blood Brothers tu, rasa macam nak tengok lagi jer!!. Best gilerr.. 
Tags

إرسال تعليق

8 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. anak linda yang sulung pun ajak tengok...tapi risau adik2 tak boleh lepas masuk

    ردحذف
    الردود
    1. Pergilah tengok Linda, best giler filemnya..
      Yaa kalau sekarang kata budak bawah 12tahun tak boleh masuk sebab aksi ganas

      حذف
  2. Suami SA x sporting...nak tunggu masuk Netflix...dia x suka tgok film melayu kat panggung...lerr...sesekali orang nak belanaja pun x nak...sedapnya ketam tu...eh..nak ajak suami pi sini la..

    ردحذف
    الردود
    1. Pujuk laa SA, kot mana tau dia nak, filem ni tengah viral kan, tak ngantuk tengok

      حذف
  3. Bagus dia senyap je dalam panggung wayang. Baik cucu NekLin ni. Ramai dah tengok movie ni. Ramai cakap best.

    Makanan exotic siput gonggong pun ada ye. Menarik tu.

    ردحذف
  4. Saya nih agak sama dengan kak SA 😅. Kalo film lokal saya prefer tunggu di Netflix. Tapi kalo film Malaysia, memang saya harus tunggu di Netflix sebab nampaknya tak masuk ke bioskop sini

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top